Kalau dulu, travel sering dianggap sebagai satu luxury yang hanya mampu dinikmati oleh golongan berkemampuan.Namun kini, travel jauh lebih mudah diakses. Dengan perancangan yang bijak dan pilihan destinasi yang betul, sesiapa sahaja boleh travel tanpa perlu menunggu akaun bank mencecah ratusan ribu ringgit.
Kalau anda perasan, dunia travel sekarang memang semakin mudah diakses. Scroll sahaja media sosial, akan nampak pelbagai destinasi cantik dengan tambang murah. Tetapi dalam masa yang sama masih ramai yang rasa travel ke luar negara ini sesuatu yang mahal dan perlu tunggu duit yang banyak untuk ke sana.
Travel sebenarnya tidak semestinya perlukan duit yang banyak. Ia lebih kepada cara kita merancang perjalanan dan bagaimana kita urus perbelanjaan sepanjang travel. Dengan pilihan destinasi yang betul, pengalaman pertama travel kita boleh jadi sangat menyeronokkan tanpa perlu membebankan poket. Jadi untuk anda yang baru nak mula, ini lima negara dengan budget friendly yang paling sesuai untuk first-time traveller.
1. Indonesia
Indonesia adalah destinasi paling mudah untuk first timer kerana dekat dengan Malaysia dan kos penerbangan juga lebih rendah berbanding negara lain. Selain itu, bahasa yang hampir sama juga memudahkan komunikasi, jadi anda tidak akan rasa terlalu lost untuk kali pertama ke luar negara. Selain Bali yang dimana kosnya jauh lebih tinggi berbanding bandar lain di Indonesia, terdapat banyak lagi pilihan lain seperti Yogyakarta, Bandung, Lombok, medan untuk anda lawati. Dari segi bajet, makanan, penginapan dan pengangkutan masih sangat berpatutan, menjadikannya sesuai untuk beginner. Makanan halal juga mudah didapati.
2. Vietnam
Vietnam merupakan antara negara paling berbaloi dari segi kos. Setiap bandar mempunyai vibe tersendiri. Untuk kali pertama anda boleh melawat bandar seperti Ho Chi Minh, Hanoi dan Da Nang. Makanan tempatan seperti pho dan banh mi juga bukan sahaja sedap tetapi sangat murah di sana. Dengan perancangan yang betul, termasuk penggunaan aplikasi seperti Klook atau Agoda, anda boleh menikmati pengalaman travel yang lengkap tanpa perlu berbelanja besar.
3. Thailand
Sudah tentu Thailand pasti tersenarai antara Negara bajet untuk anda berkunjugi. Selain dari jaraknya yang dekat dan kos perjalanan yang masih terkawal, Thailand juga memiliki laut yang cantik, biru dan sangat jernih buat anda yang sukakan pantai. Destinasi seperti Krabi dan Phuket sentiasa menjadi tarikan utama dengan aktiviti island hopping yang sangat popular. Dengan tempahan awal, Thailand boleh menjadi destinasi yang sangat mesra bajet buat anda.
4. Taiwan
Mungkin masih jarang rakyat malaysia memilih Taiwan sebagai destinasi pilihan. Sebenarnya taiwan agak murah jika dibandingkan dengan Korea dan Japan. Sistem pengangkutan awam seperti MRT dan kereta api sangat efisien, jadi anda tidak perlu mengeluarkan banyak kos untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Di Taipei, Shilin Night Market adalah lokasi wajib untuk cuba pelbagai makanan jalanan. Taiwan sangat sesuai untuk first-time traveller yang mahukan gabungan bandar dan alam semula jadi. Buat peminat bubble tea ini negara wajib anda kunjungi untuk rasai sendiri pemngalaman autentik bobba di Negara kelahirnyanya.
5. China
China kini semakin popular dalam kalangan traveller Malaysia. Kalau lihat di FYP TikTok dan Instagram, ramai rakyat Malaysia mula berkongsi pengalaman dan kos bercuti ke negara ini. Bandar seperti Guangzhou, Beijing, Shanghai dan Harbin menawarkan pengalaman yang sangat berbeza. Walaupun China nampak besar dan kompleks, negara ini sebenarnya sangat mesra pelancong dari segi pengangkutan kerana adanya high-speed train, dan kosnya juga lebih berpatutan berbanding destinasi Eropah, menjadikannya pilihan popular untuk first-time traveller yang mahu sesuatu yang sedikit berbeza dan mungkin pengalaman salji buat kali pertama.
Artikel Berkaitan: 7 Lokasi Watch Party & Big Screen FIFA World Cup 2026















