Melalui akaun Twitter mereka, Bill dan Melinda Gates mengejutkan dunia dengan mengumumkan akan menamatkan ikatan perkahwinan mereka selepas 27 tahun bersama.
Pasangan dermawan, Bill and Melinda Gates telah mengejutkan dunia dengan berita perpisahan mereka. Mereka telah mengumumkan penceraian mereka selepas 27 tahun bersama melalui akaun Twitter. Mereka bertemu buat kali pertama pada 1980-an apabila Melinda mula bekerja syarikat Microsoft milik Bill Gates.
“After a great deal of thought and a lot of work on our relationship, we have made the decision to end our marriage,” menurut kenyataan akaun Twitter Bill Gates.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran tiga orang anak. Mereka bersama-sama telah mengasaskan Bill & Melinda Gates Foundation pada 2000. Sehingga hari ini, organisasi tersebut telah menyalurkan US$53.8 billion untuk membantu melawan penyakit berjangkit, menggalakkan vaksinasi kanak-kanak serta membasmi kemiskinan di seluruh dunia.
Mereka, masing-masing berusia 65 tahun dan 56 tahun, pertama kali bertemu di Microsoft. Pada ketika itu, Bill adalah CEO kepada syarikat yang diasaskannya itu. Melinda menyertai syarikat tersebut sebagai Pengurus Produk dan merupakan satu-satunya wanita yang mempunyai MBA kelas pertama menyertai Microsoft. Dia kemudian mendaki kedudukan sehingga memegang jawatan Pengurus Besar untuk informasi produk.
Mereka bertemu pada 1987 di satu majlis makan malam bisnes di kota New York. Dan pada 1994, mereka mengikat tali perkahwinan dia Hawaii pada 1994.
Bill Gates adalah lelaki keempat terkaya di dunia. Menurut Forbes, dia mempunyai harga bernilai US$137 billion pada Februari 2021. Dia telah melepaskan jawatannya di Microsoft dan Berkshire Hathaway pada Mac 2020.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mei Ini