Biz of RE melalui EH!, GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah majlis ulang tahun eksklusif “House of RE” yang ke-3 bersama Samsung, Sephora Malaysia dan Kérastase.
Merangkap perjalanan yang baharu di era globalisasi digital dan cetak yang cukup memberi inspirasi, majlis ‘Party of The Year‘ ini turut dihadiri selebriti dan pempengaruh dengan tema pakaian, ‘Celestial Chic’. Berlangsung di Spark, KL, buat julung kalinya, ‘House of RE’, sebuah parti besar-besaran anjuran Biz Of RE diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-3 penubuhan bersama tujuh buah majalah di bawah naungan mereka.
@ehmalaysia Biz of RE melalui EH!, GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah majlis ulang tahun eksklusif “House of RE” yang ke-3. Merangkap perjalanan yang baharu di era globalisasi digital dan cetak yang cukup memberi inspirasi, majlis ini turut dihadiri selebriti dan pempengaruh dengan tema pakaian, ‘Celestial Chic’. #ehmalaysia #bizofre #houseofre #jointheflipside #sephoramy
Malam penuh meriah dan menjadi acara Party of The Year buat Biz Of RE ini telah dikuasakan oleh Samsung, Kérastase juga Sephora Malaysia, dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kreatif setiap majalah, menceritakan serba-sedikit tentang activation yang disediakan pada malam itu untuk para tetamu mencuba dan bermain bersama, dan setelah itu, tetamu dihiburkan dengan alunan muzik oleh DJ Jovynn juga DJ Blink.
Malam disaksikan tetamu hadir daripada pelbagai generasi berkumpul sambil menikmati pelbagai activations menarik yang disediakan setiap majalah. Di EH!, aktivasi dua bahagian permainan so much funnn! RETROFIT THE FLIP! Kami mencabar para tetamu untuk memuatkan Samsung Galaxy Z Flip5 bersama miniature dari Sephora Malaysia ke dalam poc mini. Permainan antara dua saingan peserta menerima sambutan yang meriah dan cukup menyeronokkan, dimana pemenang berpeluang untuk membawa pulang barangan solekan dari Sephora.
Antara tetamu selebriti juga pempengaruh digital yang hadir pada malam itu dan tampil begitu anggun menepati tema adalah pasangan manis Scha Alyahya juga Awal Ashaari, Adam Lee dan Sweet Qismina, Tyra Kamaruzzaman juga Emri, Alia Bastamam, Datin Elvina Mohamad, Shalma Ainaa, Yaya Zahir, Sophia Liana, Azira Shafinaz, Eyka Farhana, Daiyan Trisha dan ramai lagi.