Sejak kebelakangan ini anda ada perasan media sosial dibanjiri dengan benda-benda yang berkilauan? Percayalah, bukan anda seorang.
Trend bedazzling yang pernah popular satu ketika dahulu kini kembali mencuri perhatian dan menghidupkan semula vibe glam yang playful. Kali ini, trend tersebut hadir dengan lebih banyak cara untuk dieksperimen, sama ada pada aksesori, barangan peribadi mahupun makeup.
Kylie Jenner Brings Back The Bling
Kylie Jenner adalah trendsetter sebenar!

Dia membawa semula trend ini dengan menunjukkan sisi bedazzling menerusi beberapa posting di Instagram. Dengan gaya yang memang sinonim dengan trend dan kecantikan, tidak hairanlah apabila pilihan Kylie sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.
Kylie berkongsi video kek yang dihiasi dengan gemstone sebelum elemen berkilauan itu turut muncul pada phone case miliknya. Daripada sesuatu yang kecil dan simple, sentuhan gemstone tersebut terus memberikan efek yang lebih playful dan eye-catching.
Tidak lama kemudian, influencer lain turut bereksperimen dengan konsep bedazzling, menghiasi barangan peribadi mereka dengan batu-batu kecil yang berkilauan. Ada yang memilih gaya lebih subtle dengan hanya beberapa gemstone, manakala ada juga yang terus go all out sehingga barangan biasa kelihatan seperti aksesori statement.
From Social Media to IRL
Phone case, cermin, makeup accessoris dan aksesori rambut antara yang mula mendapat sentuhan bedazzled. Cukup dengan satu item penuh gemstone, penampilan yang simple pun boleh kelihatan fun dan penuh dengan statement.
Trend ini turut mendapat perhatian influencer seperti Danielle Marcan, yang menggayakan smokey makeup look dengan sentuhan gemstone pada kelopak matanya.
Penambahan gemstone tersebut menjadikan look yang bold itu kelihatan lebih playful, kreatif dan penuh karakter, membuktikan bahawa trend bedazzling bukan hanya untuk aksesori, tetapi juga boleh dibawa ke dalam dunia mekap.
Bling Dah Sampai Malaysia
Kalau sudah dinamakan trend, pasti akan laju sahaja ia akan tersebar, kerana kini trend tersebut akhirnya di Malaysia! Eyka Farhana antara artis lokal yang turut dilihat mencuba trend berkiluan ini menerusi media sosialnya.
Daripada apa yang dimulakan oleh Kylie Jenner, trend ini akhirnya bergerak dari satu feed ke satu feed yang lain. Setiap influencer pula membawa interpretasi tersendiri, menjadikan trend bedazzling lebih menarik kerana tiada satu cara khusus untuk menggayakannya.
Artikel Berkaitan: Kebangkitan Semula Makeup 90-an dan Y2K: Mengapa Trend Nostalgia Kembali Mendominasi?


