Bukan lagi sekadar inspirasi, gaya elderly kini menjadi rujukan utama dunia fesyen. Autentik, ekspresif dan sarat identiti yang sukar ditiru generasi muda.
Trend fesyen kini bergerak dalam arah yang lebih menarik apabila elderly turut menjadi sebahagian daripada gelombang digital di TikTok dan Instagram. Melalui content seperti get ready with me, OOTD dan video gaya harian, mereka tampil dengan pendekatan yang lebih santai, jujur dan dekat dengan realiti.
Bukan sekadar mengikuti trend, mereka juga memberi nafas baharu pada setiap gaya. Dalam landskap fesyen hari ini, jelas bahawa gaya tidak lagi terikat pada usia, sebaliknya terus berkembang mengikut kepada siapa yang memakainya dengan penuh confident.
Reaksi penonton mencerminkan bagaimana persepsi terhadap fesyen dan kecantikan semakin berubah. Selain terhibur dengan content seperti get ready with me dan OOTD, ramai mula menghargai pendekatan yang lebih real, daripada cara menggayakan helaian yang lebih tampak natural berbanding GenZ hingga keyakinan mengekalkan rambut kelabu semula jadi.
Tidak kurang, komen seperti “you aged so beautifully”, menjadikan ruangan sosial media seakan medan apresiasi terhadap gaya yang lebih jujur.
Pada masa sama, ada juga yang tertarik dengan cara mereka bereksperimen dengan trend semasa, tetapi dalam versi yang lebih effortless. Gabungan ini menjadikan kehadiran warga emas di media sosial bukan sekadar ikut trend, tetapi turut membentuk naratif baharu tentang apa yang dianggap stylish hari ini.
Dalam masa yang sama, kehadiran mereka turut memberi impak kepada cara jenama fesyen dan beauty melihat audiens mereka. Bukan lagi tertumpu kepada golongan muda semata-mata, tetapi semakin terbuka untuk meraikan gaya yang lebih pelbagai.
Menjadikan kolaborasi antara generasi semakin relevan, apabila pengalaman dan trend semasa bertemu dalam satu ruang digital yang sama.
Lebih menarik, perkara ini turut mengubah definisi “influencer” itu sendiri. Dahulu, usia tertentu dan gaya hidup tertentu hanya perlu tertumpu mengikut apa yang normal bagi usia mereka, kini sesiapa sahaja dengan gaya dan cerita yang autentik boleh menjadi perhatian.
Elderly membuktikan bahawa pengaruh tidak semestinya datang daripada usia muda, tetapi daripada cara seseorang membawa diri di depan kamera dan di ruang sosial.
Fenomena ini menunjukkan bahawa fesyen hari ini semakin fluid. Bergerak tanpa batas umur, tanpa aturan yang terlalu ketat dan lebih terbuka kepada interpretasi peribadi. Apa yang dahulu dianggap out of trend, kini boleh jadi inspirasi baharu, semuanya bergantung pada bagaimana ia dipersembahkan dan dirasakan oleh audiens masa kini.
Baca: Sun, Sea & Skin, Pengalaman Percutian Mewah Bersama Kiehl’s di atas Dream Cruises
