Adakah anda book lover atau pemula dalam membaca inginkan buku yang sering menjadi tarikan dalam kalangan ulat buku? Sini EH! Senaraikan buku-buku yang popular dalam kalangan pembaca.
Tak kira buku yang baharu mahupun lama, ataupun mana-mana genre, ianya tidak menghalang peminat bahan bacaan untuk enjoy membaca. No judgement bagi apa sahaja yang anda suka membaca. Untuk para pemula dalam hobi membaca dan juga ulat buku, ini senarai naskhah popular yang anda boleh cuba baca.
EH! mengutip beberapa naskhah yang menjadi bualan dalam laman web goodreads, di mana para pembaca berkongsi review.

Buku Literasi Klasik Kegemaran Pembaca
1. The Little Prince Tulisan Antoine de Saint-Exupéry
Naskhah popular dari Perancis ini dicetak sebanyak 140 to 200 juta salinan dan menjadi all-time favorite para pencinta buku. Ia menceritakan kisah seorang putera yang bercerita tentang planetnya dengan perumpamaan yang aneh dan menakjubkan untuk semua peringkat umur, dengan ilustrasi yang sangat hebat oleh pengarangnya sendiri.
2. Pride and Prejudice Oleh Jane Austen
Pride and Prejudice diminati ramai sejak lebih 200 tahun lalu. Novel popular Jane Austen ini terkenal dengan watak utamanya yang bijak dan bersemangat, kisah cinta yang menarik, serta sindiran halus terhadap adat masyarakat. Pengarangnya, Jane Austen (1775–1817), ialah novelis Inggeris yang sangat terkenal, walaupun beliau menulis tanpa menggunakan nama sebenar sepanjang hayatnya.
3. Little Women Oleh Louisa May Alcott
Novel paling popular dan terkenal karangan Louisa May Alcott, telah memikat hati pelbagai generasi pembaca tidak kira lelaki atau perempuan, muda mahupun tua. Novel ini mengisahkan empat adik-beradik perempuan keluarga March menghadapi dengan pelbagai cabaran untuk terus hidup di New England semasa era Perang Saudara, namun tetap bersatu teguh demi kasih sayang sesama sendiri.
Novel Popular
1. Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama Karya Teme Abdullah
Penulis novel kegemaran warga Malaysia, Teme Abdullah. Novel ini mendapat tempat di hati ramai pembaca kerana keunikannya dalam membawakan genre fantasi berunsur ketatanegaraan, strategi, dan falsafah hidup.
2. Bane of Widuri Tulisan Nadiah Zakaria
Novel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis tanah air, Nadiah Zakaria. Mengisahkan tujuh gadis. Tujuh nama bunga. Satu janji kebebasan pada usia 16 tahun. Di Rumah Agam Widuri, Melur dan enam lagi anak yatim hidup berpandukan aturan ketat Madam Dahlia, termasuk larangan keras memasuki taman bunga di belakang rumah. Bunga yang dicuri membongkar rahsia tergelap Widuri: bunga itu bukan bunga biasa, dan tiada siapa yang akan datang menyelamatkan mereka.
3. Ombak Rindu Oleh Fauziah Ashari
Novel ini bukan sahaja popular dalam kalangan pembaca sahaja, malah, ianya diadaptasi menjadi filem fenomena yang diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Tarantella Pictures dan Astro Shaw, dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, dan Lisa Surihani. Ia merupakan kejayaan komersial yang besar di Malaysia. Selain itu, ia juga diadaptasi sebagai persembahan teater di Istana Budaya. Ia mengisahkan Izzah, gadis kampung yang dijual ke kelab malam lalu dikahwini rahsia oleh Hariz. Kesabaran Izzah akhirnya melunakkan hati Hariz mengatasi pelbagai dugaan dan konflik.

Self-Help Books Kegemaran Para Pembaca
1. Atomic Habits Dari James Clear
Atomic Habits tulisan James Clear menawarkan panduan praktikal untuk menambah baik diri setiap hari. Buku ini mengajar cara membentuk tabiat baik, meninggalkan tabiat buruk, serta menguasai perubahan kecil demi kejayaan luar biasa.
2. How To Win Friends and Influence People Oleh Dale Carnegie
Buku laris oleh Dale Carnegie memberi panduan terbukti untuk membantu anda mencapai kejayaan. Ia mengajar strategi praktikal untuk disukai ramai, mempengaruhi pemikiran orang lain, dan memimpin perubahan tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati.
3. Meditations Oleh Marcus Aurelius
Karya terkenal oleh ahli falsafah terkenal dari zaman empayar Roman dari 121 hingga 180 (selepas dekad). Bahan bacaan falsafah yang tidak lapuk dek zaman. Siri renungan berteraskan ajaran Epictetus ini bertuliskan mengenai pandangan hidup Stoisisme yang mendalam. Ia merakamkan usaha seorang pemimpin memahami erti diri dan alam semesta melalui pelbagai latihan rohani.
Bahan bacaan yang telah lama dikeluarkan dan masih dibaca hari ini telah bertahan daripada review kritikal dari generasi ke generasi yang lain bermakna ia mempunyai kualiti yang mendalam dan berkekalan namun, membaca karya baharu memberi sokongan secara langsung kepada penulis masa kini dan membolehkan industri penerbitan kekal hidup.
Artikel Berkaitan : Idea Masakan Hujung Bulan Yang Senang Untuk Para Bujang
