Pernah tak kamu rasa seperti dibuli oleh rakan sekerja mahupun bos tempat kamu bekerja? Contohnya, kamu dibebani dengan kerja yang bukan menjadi tanggungjawab kamu. Kalau sekali, mungkin rakan kamu terdesak dan sangat memerlukan pertolongan kamu. Tapi kalau hampir setiap minggu?
Gambar: frikkenduckie.com
Bagaimana ingin mengetahui yang kamu sedang dibuli?
- Mungkin kamu pekerja baru disitu, senior sepatutnya membantu dengan memberi tunjuk ajar tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka meninggalkan terus beban kerja yang kamu belum pelajari untuk dihabiskan sendiri.
- Setiap minggu ada sahaja alasan dari rakan sekerja sepert anak sakit lah, perlu pulang ke kampung dengan segera lah, dan macam-macam lagi!
- Sepatutnya itu kerja boss, tetapi diberikan kepada kamu dengan alasan dia ingin bercuti atau mungkin menyertai delegasi ke luar negara.
Cara mengatasi?
Jika boss yang membuli: Pertahankan hak kamu dengan mengatakan yang itu bukan salah satu dari bidang kerjanya. Katakan padanya yang kamu cukup terbeban dengan kerja yang ada, atau jika dia inginkannya segera terus katakana yang kamu tidak boleh menyiapkannya dengan cepat.
Jika rakan sekerja yang membuli: Untuk kali pertama, kamu mungkin boleh bagi muka. Tetapi untuk yang seterusnya, bagi sahaja alasan kepadanya seperti mana yang dia lakukan. Atau, terus laporkan kepada boss kamu!