Semestinya setiap manusia harus cuba untuk menjadi seorang yang berani dalam menempuh apa-apa cabaran sekalipun.
Sifat berani mengajar kita menjadi lebih berdikari dan tidak takut untuk melakukan perkara yang mungkin menggerunkan bagi orang lain.
Sebagai contoh dalam situasi yang kita ditinggalkan oleh kekasih dan kita semestinya harus berani menerima hakikat seadanya dan meneruskan kehidupan.
Lihat ilham EH! akan perihal ini.
Cuba Untuk Jatuh Cinta Semula
Sememangnya kita akan rasa kecewa apabila kita berpisah atau ditinggalkan oleh pasangan atau kekasih kita. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah putus cinta akan dipenuhi rasa benci untuk kembali bercinta dan takut jika pisang berbuah dua kali. Namun apa salahnya kita pegang prinsip lebih terbuka akan hal ini untuk menerima dan mencuba.
Jangan Takut Untuk Berdikari
Berdikari itu sebenarnya mengajar kita untuk jadi seorang yang lebih berani dan yakin. Cuba untuk keluar dari zon selesa anda. Dengan berdikari lama-kelamaan akan meringankan beban mereka yang sering menjadi tempat kita bergantung. Percaya pada kemampuan diri dan ubah sikap menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka.
Elak Bersaing
Apabila anda meletakkan diri untuk bersaing dengan seseorang dalam tidak sedar hal ini akan membuatkan anda melihat kekurangan dalam diri. Fikirkan kembali adakah Einstein atau Mozart bersaing untuk mereka dikenali? Mereka dikenali kerana mereka berani dan percaya dengan apa yang mereka miliki. Cuba letakkan sasaran dalam setiap hal yang anda lakukan dan lakukannya dengan sebaik mungkin.
Tenaga Positif
Kosongkan fikiran daripada memikirkan kesalahan atau kekurangan diri. Lakukan dengan proses yang betul dan kemudian baru lihat semula kekurangan yang ada. Hal ini disebut sebagai “proses pengumpulan keberanian” yang mengumpulkan semua tenaga positif untuk anda melangkah lebih berani.