9. Tiub Maskara
Apabila maskara sudah kering, selalunya ia akan dibuang begitu sahaja. Anda juga boleh upcycle tiub maskara ini dengan mudah. Caranya ialah bersihkan tiub secara mendalam dengan berus pembersih paip kecil, air panas bersabun. Setelah dibersihkan, masukkan sedikit minyak kastor organik untuk rawatan memanjangkan bulu mata secara semula jadi.