1. Palet Pembayang Mata
Tidak perlu membuang palet kesayangan anda apabila sudah habis. Hanya bersihkan dan gunakan untuk penyimpanan. Palet ini sesuai dijadikan untuk penyimpanan barang kemas, kit jahitan mini, pil atau vitamin dan barang-barang alat tulis kecil seperti klip kertas. Bekas pemerah pipi atau bronzer juga boleh digunakan dengan cara yang sama.