Gambar: TPG News
Tentunya anda memiliki sekurang-kurangnya satu gajet dan ia adalah antara harta kesayangan yang menemani anda setiap masa kerana ia menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan seharian. Sebaik membeli sesebuah gajet anda akan menghargainya kerana ia bukan saja praktikal tetapi juga ingin digunakan pada jangka masa yang lama memandangkan “pelaburan” yang dikeluarkan untuk membelinya bukan murah.
Jadi EH! ketengahkan beberapa tip menjaga telefon bimbit kesayangan anda ini supaya sentiasa nampak seperti baru dibeli semalam!
1. Ketika membersihkan telefon bimbit pastikan ianya di switch off terlebih dahulu.
2. Celup putik kapas dalam solusi berasaskan alkohol jika ada untuk membersihkan celah-celah papan kekunci atau keypad.
3. Bagi membersihkan skrin telefon pintar, usah keluarkan pelapik pelindung (screen guard) jika ada sebarang keretakan pada skrin kerana ia akan menjadikan skrin lembap dan sukar untuk diperbaiki.
4. Jika ingin membersihkan bahagian dalam, gunakan putik kapas kering untuk membersihkan sebarang habuk yang terperangkap di bahagian bateri.
5. Lensa kamera pula boleh dicuci dengan kapas yang dilembapkan dengan air.
6. Akhir sekali bersihkan bermula dari bahagian speaker hingga ke skrin menggunakan kain microfiber yang lembap tetapi dengan sekali sapu sahaja. Jika mencuci dalam gerakan memutar boleh mencalarkan skrin. Skrin yang retak pula jika dicuci dengan tekanan boleh menyebabkan retak makin besar.