Budaya pertukaran hadiah “secret-santa” sering dilakukan oleh sekumpulan rakan sekerja atau teman-teman rapat. Secara teorinya, ia dilakukan untuk keseronokan – tetapi perasaan stress tidak dapat dielakkan dalam memilih hadiah yang dapat melambangkan personaliti seseorang. EH Malaysia menyenaraikan cara untuk membuat Secret-Santa lebih seronok!
Penglibatan Diri
Turut serta dengan rakan-rakan walaupun secara peribadinya anda tidak meraikan perayaan Christmas.
Set Peraturan
Menetapkan had harga kerana berpegangkan konsep what you give is what you get. Seperti minimum RM150 hingga maximum RM300 sebagai contoh.
Unsur Kreativiti
Tinggalkan idea hadiah yang sempurna kerana ada kalanya praktikaliti adalah lebih sesuai. Contohnya, aksesori pejabat, cawan kopi yang menangkap keperibadian rakan sekerja, atau apa sahaja yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Know Your Buddy
Kenali minat rakan sekerja anda untuk idea yang lebih mendalam. Jika mereka suka akan bola sepak, hadiah dengan cetakan khas nama disebalik jersi juga menyeronokkan.
Gift-Date
Tetapkan hari buat sambutan pertukaran hadiah ini untuk makan malam yang lebih meriah. Mungkin sertakan dress-code buat hari makan malam ini. It’s all about having fun!