Tidak selesa dibuatnya jika ke pejabat dengan bau baju yang kurang menyenangkan sekaligus mengurangkan keyakinan diri. Ini caranya untuk mencuci pakaian dengan betul yang anda patut amalkan.
Kami ingin bertanya, bagaimana anda mencuci baju setiap minggu? Pasti hanya memasukkan kesemuanya ke dalam mesin basuh dan cuci, betul? Patutlah baju anda cepat rosak. Sekiranya anda sayangkan baju anda, kesemua tip di bawah ini harus anda ikuti.