Gambar: fitsugar.com
Jika anda sudah mencuba pelbagai teknik dan taktik untuk mengurangkan berat badan, mungkin sudah tiba masanya untuk kembali kepada perkara asas dengan hanya beberapa langkah mudah seperti yang disarankan oleh jurulatih kecergasan, Jason Lee.
- Aktif – Mulakan dengan meningkatkan aktiviti fizikal. Ia mungkin sekadar berjalan lebih jauh dalam sehari sudah memadai.
- Menu – Cuba kurangkan amaun makanan yang anda ambil dalam sehari. Anda tentu tak percaya betapa banyaknya hidangan yang diambil bermula sarapan hingga snek malam.
- Gula – Kurangkan minuman bergula seperti minuman coklat bermalt, teh tarik, air tin dan juga jus buah.
Jason juga menggalakkan mereka yang ingin mengurangkan berat badan untuk mula mengehadkan pengambilan makanan kepada 50%. “Tidak dinafikan anda akan berasa lapar dan tak kenyang tetapi dalam masa tiga hari anda akan adaptasi dengan situasi ini,” kata Jason.