Bangun pagi, tergesa-gesa ke pejabat, buka laptop dan terus periksa e-mel yang tidak pernah habis-habis. Lama kelamaan ia akan membuatkan kita burnout bukan?
Rutin 9-5 memang senang untuk rasa seperti kita mengulangi benda yang sama saban hari, lebih-lebih lagi apabila hari kita dipenuhi dengan rutin yang sama. Namun, siapa kata kehidupan bekerja harus rasa bosan sepanjang masa?
Daripada menunggu hujung minggu untuk rasa excited itu kembali, lebih baik anda mula mencipta little moments yang membuatkan rutin kerja anda terasa lebih enjoyable. Ini bukan bermaksud anda memerlukan perubahan yang drastik, tetapi hanya dengan ritual kecil sebelum, semasa dan selepas bekerja sudah cukup untuk mengubah mood anda.
Kalau anda mahu romanticize your 9-5 sambil mengekalkan feminine energy anda, ini beberapa cara yang boleh dicuba.
Mulakan Pagi Anda Dengan Perlahan

Di dalam hidup ini, mengapa kita harus terasa rushing sepanjang masa? Apa yang sebenarnya yang kita kejarkan? Jadi, tidak perlu terus bangun dan berlari ke bilik air kerana takut terlambat masuk pejabat.
Cuba bangun 30 minit lebih awal supaya anda mempunyai masa yang lebih untuk diri sendir. Self meditation! Pasang muzik yang menenangkan, buat stretching ringkas, baca doa atau luangkan masa lima minit untuk beauty ritual sebelum bersiap.
Daripada memulakan pagi dengan rasa kelam-kabut, lebih baik anda memberikan diri anda sedikit ruang untuk breathe dan bersedia untuk hari yang bakal mula.
Jadikan Outfit Office Sebahagian Daripada Ritual

Siapa kata office outfit mesti boring? lagi -lagi jika anda seorang fesyen maniac!
Anda boleh cuba membina work wardrobe yang membuatkan anda rasa good about yourself. Pilih fabrik yang selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang, soft neutrals atau pastel, flowy trousers dipadankan pula dengan seluar slack atau skirt kegemaran anda, kasut bertumit tinggi yang berkualiti dan selesa serta simple gold jewellery.
Dan tak, feminine style tidak semestinya perlu penuh dengan ropol atau warna merah jambu dari kepala hingga kaki. Kadangkala, kemas dan intentional adalah lebih daripada cukup.
Bila anda lakukan method ini, getting ready for work pun akan terasa lebih exciting dan boleh menaikkan level keyakinan diri anda.
Bawa Diri Dengan Tenang

Cara anda bercakap, berjalan dan berinteraksi dengan orang lain juga boleh menjadi sebahagian daripada bagaimana anda membawa diri di tempat kerja.
Anda boleh mula cuba bercakap dengan jelas tanpa perlu tergesa-gesa, berhenti seketika sebelum menjawab dan pastikan anda membuat eye contact apabila bercakap dengan seseorang. Tidak perlu mengubah personaliti atau menjadi orang lain semasa di tempat kerja.
Cara ini dapat membuatkan orang lain akan lebih selesa untuk bercakap dengan kita dan akan menaikkan level kita sebagai seorang wanita yang berkualiti. Fikiran yang tenang, yakin dan lebih composed.
Make Lunch Terasa Lebih Istimewa

Lunch break bukanlah semata-mata untuk masa anda makan sambil scroll telefon.
Cuba jadikan waktu itu sebagai satu little ritual dalam hari anda. Bawa buah yang sudah dipotong dalam bekas kecil, masukkan sachet herbal tea dalam beg atau gunakan cutlery yang anda gemar.
Anda juga boleh simpan mini perfume atau hand cream kegemaran anda dalam beg untuk digunakan selepas makan. Nampak macam perkara kecil tetapi little ritual inilah yang boleh memberikan sesuatu untuk dinanti-nantikan di tengah-tengah hari bekerja.
Jangan Bawa Energy Office Ke Rumah

Sebaik sahaja pulang ke rumah, beri diri anda masa dalam beberapa minit untuk transition daripada work mode kepada me-time. Tukar pakaian kepada loungewear yang selesa, mandi, buat skincare routine anda atau jurnal satu perkara yang anda syukuri untuk hari itu.
Tidak perlu ritual yang panjang, cukup lima hingga 10 minit untuk memberikan signal kepada badan anda bahawa waktu bekerja anda sudah berakhir.
Career Girl Pun Boleh Jadi Feminin

Apa yang paling adalah anda tidak perlu memilih antara menjadi career-driven, successful dan feminin.
Anda boleh mempunyai ambition yang besar sambil menikmati perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian. Anda boleh masuk pejabat dengan keyakinan diri yang tinggi, bekerja keras untuk career growth anda dan masih meluangkan masa untuk diri sendiri.
