Jangan risau kerana ia satu perkara yang normal. Ini caranya untuk merawat jerawat yang tumbuh di bahagian kemaluan.
Jerawat sudah semestinya tidak mengira bangsa, jantina, usia atau tempat. Satu fakta yang benar adalah jerawat tidak boleh tumbuh di bahagian telapak tangan atau tapak kaki.
Jika ramai yang merasakan jerawat yang tumbuh pada kulit wajah adalah satu perkara yang paling buruk, fikirkan semula. Ini kerana jerawat yang tumbuh pada bahagian kemaluan adalah yang paling menjengkelkan (ya, benar ia wujud).
Pabila anda mula perasan ketulan seakan lebam di bahagian intim, jangan terus panik dan membuat pencarian berkenaan STDs di laman carian Google. Ia penting untuk anda tahu perbezaan antara jerawat vulva, rerambut yang tidak tumbuh sepenuhnya dan jangkitan.
Biasanya, jerawat kemaluan terjadi pabila pori tersumbat dengan bakteria di bahagin lapisan teratas vagina. Usah bimbang lagi kerana dengan cara ini, anda tidak perlu berhadapan dengan rasa malu kala bertemu pakar untuk mendapatkan pemeriksaan.