Petanda Ketidakseimbangan Hormon
Jerawat di bahagian intim boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon serta peningkatan bakteria. Jenis ini dipanggil jerawat vulva yang mana mengandungi lebih fluid atau sebum. Kuncinya adalah dengan menyeimbangi semula kadar hormon anda. Perhatikan diet pemakanan anda dengan dengan meningkatkan pengambilan makanan yang baik dalam menyeimbangkan hormon kembali seperti flaxseeds, sayuran cruciferous, lemak yang baik, dan soya organik. Jika hormon anda masih lagi tidak stabil, dapatkan pemeriksaan doktor.