Bersempena dengan lebaran tahun ini, Che’ Puan Juliana Evans berkongsi rahsia meraikan Ramadan dan juga persediaan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dengan Marks & Spencer.
Selepas dua tahun meraikan lebaran dalam keadaan pandemik, tahun ini pastinya akan memberikan sinaran Syawal yang lebih berkilauan. Pelakon, personaliti televisyen serta model terkenal, Che’ Puan Juliana Evans tidak ketinggalan berkongsi rahsia meraikan Ramadan dan persediaan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dengan Marks & Spencer.
Kali ini, Marks & Spencer melancarkan Ramadan Collection yang merangkumi rangkaian makanan premium serta pakaian sopan untuk menyambut kedatangan Ramadan dan juga Syawal. Selain seleksi makanan yang boleh dinikmati ketika berbuka puasa mahupun ketika Aidilfitri, Juliana Evans turut memilih beberapa desain kegemaran yang boleh digayakan cukup sopan bersama keluarga sepanjang Syawal nanti.
Sopan dan Feminin
Tahun ini, ramai yang mahu mengambil peluang untuk meraikan kedatangan lebaran bersama keluarga di kampung halaman. Pemilihan pakaian yang sopan pasti menjadi pilihan, selain aspek versatil yang menjanjikan keselesaan dan kualiti. Pelakon “Sa Balik Baju” itu juga memilih padanan moden lebih berani bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah dalam warna merah, selain gaun sifon ringan buat anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kekal selesa.
Baca lebih lanjut: 3 Filem Malaysia Perlu Tonton Di Netflix Raya Ini
Cita Rasa Lebaran
Jenama popular dari United Kingdom ini turut membariskan seleksi makanan dan minuman dalam meraikan Ramadan dan Syawal tahun ini. Pelbagai pilihan makanan yang premium dan menyelerakan boleh dijamu bersama keluarga ketika berbuka puasa seperti kurma berkualiti tinggi. Dari biskut kepada coklat Swiss dan snek, Juliana Evans turut memilih pelbagai pilihan makanan ringan yang boleh dikongsikan bersama keluarga dan sahabat handai lebaran ini.
Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri, Marks & Spencer turut menyediakan hamper raya yang hadir dalam tujuh pilihan untuk diberikan sebagai hadiah. Hamper ini boleh ditempah secara atas talian di sini.
Ramadan Collection daripada Marks & Spencer boleh didapati di stor fizikal di seluruh Malaysia, atau secara atas talian di https://www.marksandspencer.com/my/.
Foto: Marks & Spencer Malaysia
Baca lebih lanjut: 3 Filem Malaysia Perlu Tonton Di Netflix Raya Ini