Alamak, barang apa yang boleh dan tak boleh dibawa?
Bila dah ada tiket Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, perkara seterusnya yang perlu difikirkan bukan sekadar nak pakai outfit apa atau nak tengok kereta F1 dari grandstand mana.
Satu lagi perkara penting ialah apa yang boleh dan tak boleh dibawa masuk ke Sepang International Circuit (SIC).
Lebih-lebih lagi tahun ini, perlumbaan F1 kembali ke Sepang dengan nama yang agak unik. Bukannya Malaysia Grand Prix, tetapi Bahrain Grand Prix yang berlangsung di Malaysia selepas pusingan Bahrain dipindahkan ke Sepang.
