Barang yang TIDAK boleh dibawa masuk
Makanan dan minuman dari luar
Jangan masukkan bekal nasi, makanan ringan dalam kuantiti besar atau minuman dari luar ke dalam beg dengan andaian semuanya boleh dibawa masuk.
Panduan penonton SIC menyatakan outside F&B tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan litar, manakala makanan dan minuman boleh dibeli di dalam premis.
Drone
Jangan bawa drone ke Sepang dengan niat untuk merakam suasana F1 dari udara. SIC menyatakan premisnya sebagai strict no-drone zone dan penonton dilarang menerbangkan drone di kawasan litar.
Barang untuk tujuan jualan atau merchandising tanpa kebenaran
Jangan gunakan hari F1 untuk membawa masuk stok barang dan menjualnya kepada pengunjung tanpa kebenaran. Syarat SIC melarang perdagangan atau merchandising yang tidak dibenarkan di dalam litar.
Bagaimana dengan kamera?
Ini antara soalan yang mungkin paling banyak ditanya oleh peminat F1.
Jawapan ringkasnya: jangan samakan kamera dengan peralatan rakaman profesional.
Syarat dan peraturan acara boleh menetapkan sekatan berbeza mengikut jenis peralatan serta tujuan penggunaannya.
Untuk acara SIC terdahulu, kamera peribadi dibenarkan, tetapi terdapat sekatan terhadap video camera.
Pada masa yang sama, syarat acara SIC juga menetapkan bahawa gambar atau rakaman tidak boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan, paparan awam atau tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis pihak berkaitan.
Jadi untuk F1 2026:
- Telefon untuk gambar peribadi
- Kamera peribadi, tertakluk kepada peraturan acara
- Kamera/peralatan profesional — semak syarat rasmi acara
- Rakaman untuk tujuan komersial — tidak dibenarkan
Flags & Banners, boleh bawa?
Untuk acara SIC terdahulu, penonton dibenarkan membawa flag dan banner, tetapi terdapat had saiz iaitu tidak lebih daripada 1 meter, manakala pemegang tidak boleh melebihi 1 meter panjang.
Baca: 5 Sebab Kenapa F1 Berhenti Berlumba di Litar Sepang Selepas 2017
