April tahun lalu, Lagerfeld memaklumkan kepada majalah Numéro: “Tidak akan ada majlis pengebumian. Saya hanya ingin meninggal dunia! Saya mahu tubuh saya dibakar dan abu saya ditaburkan bersama ibu saya… Dan Choupette, jika dia meninggal sebelum saya.”
Asalnya kucing itu dimiliki oleh Baptiste Giabiconi, selepas dua minggu ia tinggal bersama model Perancis itu pada tahun 2011, Lagerfeld memberitahunya :”Saya minta maaf tetapi Choupette adalah milik saya,” dan kemudian berjenaka yang ingin menculiknya sebelum mengubah hidupnya menjadi seekor kucing model antarabangsa.