Putera Harry dan Meghan Markle sudah pun bertunang! Pasangan ini dilaporkan bakal disatukan pada musim bunga tahun hadapan.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh House Clarence mengesahkan yang mana Putera Harry, 33 dan Meghan Markle, 36 sudah pun bertunang.
Menurut kenyataan rasmi itu, perkahwinan mereka berlangsung pada musim bunga tahun hadapan dan butiran lanjut bakal dikongsikan kelak.
“His Royal Highness The Prince of Wales ingin mengumumkan berita gembira pertunangan Putera Harry dengan Ms. Meghan Markle. Perkahwinan tersebut bakal berlangsung pada musim bunga 2018. Butiran lanjut tentang hari perkahwinan bakal diumumkan kelak. His Royal Highness dan Ms. Markle telah bertunang di London pada awal bulan ini. Putera Harry telah memaklumkan kepada Her Majesti The Queen dan kerabat keluarga yang terdekat. Putera Harry juga telah menerima restu daripada kedua-dua ibubapa Ms. Markle. Pasangan ini bakal menetap di Nottingham Cottage di dalam perkarangan Istana Kensington.”
Sebelum ini, Meghan pernah melaporkan persiapannya untuk berpindah ke London. Ia dipercayai klu besar sebelum pengumuman pertunangan ini dikongsikan.
Menurut laporan media antarabangsa, cincin berlian yang Meghan terima untuk pertunangannya dianggarkan bernilai lebih USD200,000 mengikut kualitinya, sesuai buat mereka yang turut serta keluarga Diraja. Ia telah direka sendiri oleh Putera Harry, cincin tersebut bercirikan berlian yang bukan hanya tinggi nilainya, tetapi juga satu item sentimental kerana ia sebagai satu penghormatan ke atas mendiang ibunya, Puteri Diana, kata pakar dan disebabkan itu industri barangan kemas menggelarkan cincin Meghan sebagai sebentuk cincin yang “priceless“.
Ia direka dengan emas kuning bertatahkan batu berlian pada bahagian tengah adalah dari Botswana, di mana Putera Harry kembara ketika dia membesar dan sekali lagi pada musim panas lalu bersama Meghan sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-36.
Cincin itu dicipta oleh tukang emas yang menjadi pilihan Ratu Elizabeth II, Cleave and Company, yang mana dua biji berlian yang diletakkan bersebelahan batu berlian tengah adalah dari koleksi barang kemas peribadi mendiang Puteri Diana.