Teks : Julia Azman
Hutan Tropika menjadi saksi dua insan sedang dilamun cinta. Unggas menari-nari ibarat meraikan kehadiran anda di Pulau Langkawi penuh dengan keindahan panorama alam semulajadi. Ambong Pool Villas destinasi baharu berbulan madu.
Ambong-Ambong mula dibina sekitar tahun 2011, sebuah pusat peranginan berkonsepkan moden nan chic disebalik pinggiran Pulau yang terbentang indah Hutan Tropika yang berada di tengah-tengah hutan belantara di Pulau Langkawi. Pada permulaanya, ia hanya beroperasi dengan unit cukup terhad iaitu sebanyak 11 unit yang membawa kepada ilham di luar kotak jangkaan anda. Keunikan pusat peranginan mewah ini membawa kepada pembukaan terbaru Ambong Pool Villas yang dibina bagi menjaga privasi penghuni dan juga lebih selesa untuk didiami.
Kehadiran anda disambut mesra oleh setiap petugas yang berada di Ambong Pool Villas dan mereka mempratikkan layanan mesra tidak loket senyuman adalah kunci rahsia kejayaan pertama di Ambong-Ambong dan juga Ambong Pool Villas. Pusat peranginan ini dibina di kawasan sangat strategik serta mempunyai pemandangan cukup indah yang bersaksikan lautan Andaman.
Ambong Pool Villas ini terletak di kawasan Pantai Tengah, Langkawi menempatkan 8 jenis rekabentuk Vila berbeza ini diberi nama Kemarong, Kemoja, Kuang, Machincang, Malut, Sawak, Tirai dan Temoyong. Setiap satu Vila ini hadir dengan ruang kolam renang tersendiri malah seni bina moden sesuai dengan keselesaan penghuni yang menginap di sini. Berkonsepkan rumah atau Vila kaca, menangkap mood tepian hutan Tropika dan laut Andaman.
Tarikan utama jika anda melangkah ke setiap Vila yakni melihat sendiri hasil hiasan dalaman cukup chic dan kontemporari. Penuh dengan sentuhan karyawan seni serta ilham untuk dekorasi ini adalah hasil gabungan idea antara moden serta tradisional. Idea asal untuk setiap konsep dekorasi adalah cita rasa peribadi pemilik Ambong-Ambong. Setiap aspek diutamakan hinggalah ke pemilihan perabot berkualiti tinggi demi memastikan keselesaan anda terjamin.
Usah khuatir jikalau anda menginap di Ambong Pool Villas keselesaan dan keselamatan sudah terjamin. Ambong Pool Villas turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma memudahkan perjalanan anda dariVila ke Pantai Cenang, Langkawi dan juga hidangan sarapan pagi secara privasi ke setiap Vila (tertakluk pada permintaan anda). Dan yang paling penting, walaupun anda berada di puncak hutan Tropika, saluran wifi secara percuma yang dipasang di setiap Vila. Tetapi, saranan saya apa kata anda shut down komputer riba atau telefon bimbit dan amati keindahan alam semula jadi dengan tenang. Barulah dikatakan ‘Release Tension’.
Maklumat lanjut mengenai Ambong Pool Villas, Langkawi boleh layari ke laman sesawang rasmi di www.ambongpoolvillas.com