Pada suatu ketika dahulu, pernahkah anda terfikir yang kita mampu mempunyai ciptaan seperti internet, kapal terbang, telefon bimbit atau mungkin kereta? Kesemua ciptaan ini memudahkan kehidupan seharian tetapi mesti ia berada di luar imiginasi anda sebelum ini bukan? Begitu juga dengan kesemua senarai ciptaan masa hadapan yang anda nanti-nantikan di bawah ini. Tidak mustahil satu hari nanti anak cucu kita bakal menggunakannya.
TIPS UNTUK TIDUR LEBIH SEMPURNA >>
Kereta Tanpa Pemandu
Anda mungkin biasa dengan perkataan auto-pilot untuk kapal terbang. Berita baik untuk anda kerana tidak lama lagi dunia bakal mempunyai kereta tanpa pemandu. Sejak tahun 2000, saintis dan jurutera Google telah pun memulakan penyelidikan mengenai ciptaan ini yang bakal menggabungkan sistem GPS, Google Maps dengannya. Melihat kepada kesesakan lalu lintas di Malaysia, anda pasti bersyukur dengan adanya kereta tanpa pemandu. Tetapi mungkin kita pula akan bertanya, jika jumlah kereta tidak berkurangan bagaimana kita dapat mengurangkan kesesakan trafik? Ya tak ya juga…
SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>
Pakaian Berhawa Dingin
Sekiranya ciptaan ini dijual di Malaysia, sememangnya penciptanya akan menjadi orang yang terkaya di dunia. Cuaca panas yang melampau membuatkan pakaian berhawa dingin ini sangat dinanti-nantikan. Pakaian nipis ini dijangka akan mempunyai alat kawalan untuk mengawal suhu baju tersebut. Sekiranya anda tinggal di negara empat musim, ia juga boleh digunakan sebagai pakaian pemanas badan. Hanya laraskan suhu yang bersesuaian dengan anda.
Orang Gaji Robot
Satu lagi ciptaan yang dinantikan terutamanya setelah kes penderaan kanak-kanak oleh orang gaji yang semakin menular. Untuk pengetahuan anda, ciptaan ini sudah tersedia tetapi ia masih lagi di dalam proses percubaan. Untuk menjadi orang gaji robot yang berjaya, ia harus mempelajari gaya hidup sosial manusia kerana ia boleh mempengaruhi tindak-tanduk robot tersebut. Ciptaan ini telah membuktikan yang orang gaji robot mampu membersihkan rumah anda jauh lebih baik daripada manusia biasa.
SEHARI TANPA DAGING, JAMIN JANTUNG SIHAT >>
Kami merasakan kesemua ciptaan ini adalah tidak mustahil. Di Jepun, para saintis sudah berjaya menghasilkan produk yang mampu memperbaiki komunikasi tanpa percakapan dan reaksi daripada manusia. Ia boleh membaca isyarat daripada otak, jantung dan sebagainya. Jom saksikan bagaimana ia berfungsi!