Pasangan sekufu atau soulmate adalah seseorang yang kita anggap sebagai pasangan yang dipercayai dan insan yang dapat kita kongsikan tentang kehidupan, impian dan beban bersama.
Mencari pasangan sekufu bukanlah pencarian yang mudah. Dalam mencari pasangan sekufu, kita harus ingat bahawa tidak ada hubungan yang sempurna dan kekal bahagia selamanya. Namun, dengan mengenali ciri-ciri ini, kita akan lebih mendekati kemungkinan -Si dia mungkin adalah jawapan kriteria pasangan yang anda harapkan yang akan sama-sama menjaga hubungan hingga kuat dan berpanjangan.
Mungkin ramai tertanya mengapa kini kita digalakkan mencari pasangan sekufu jika ingin berkahwin? Ia kerana, pasangan sekufu atau pasangan yang setara dalam perkahwinan sangat penting kerana ia mencipta emosi yang stabil untuk hubungan jangka masa panjang. Hubungan yang sihat dan bahagia memerlukan usaha bersama, komitmen dan tolak ansur dari kedua belah pihak untuk menjaga ikatan tersebut agar ia utuh dan terjalin dengan bahagianya.
1. Kesamaan impian dan hala tujuan hidup
Ciri pertama dari pasangan sekufu adalah kesamaan impian dan hala tujuan hidup. Pasangan yang sejalan dengan kita akan memiliki nilai-nilai yang serupa, seperti kefahaman, kejujuran, dan empati terhadap satu sama lain. Memiliki tujuan hidup yang sama akan menyokong perkembangan masing-masing dan mencipta hubungan yang harmoni.
2. Komunikasi yang efektif
Komunikasi yang efektif adalah perkara penting dalam hubungan yang sihat. Pasangan sekufu akan berkomunikasi dengan jujur dan terbuka untuk mendengarkan isi hati satu sama lain tanpa ada rasa rimas.
3. Empati
Empati adalah kemampuan untuk merasakan dan memahami perasaan pasangan. Pasangan sekufu selalu mengutamakan perasaan satu sama lain dan bersedia memberikan sokongan saat diperlukan. Mereka juga peduli akan gaya hidup, penampilan dan kesihatan satu sama lain, mengambil peranan aktif dalam menjaga kesejahteraan mental dan emosional pasangan.
4. Kepercayaan dan kesetiaan
Kepercayaan dan kesetiaan adalah perkara penting jika inginkan hubungan yang sihat. Pasangan sekufu akan saling mempercayai sepenuhnya dan yakin bahawa pasangan mereka tidak akan mengkhianati kepercayaan tersebut. Jika si dia berkomitmen untuk tetap setia walaupun berhadapan pelbagai godaan, dia adalah The Ones.
5. Hormati dan hargai
Pasangan sekufu saling menghormati dan menghargai satu sama lain. Mereka menerima perbezaan masing-masing dan tidak mencuba untuk mengubah pasangan mengikut keinginan mereka sendiri.
6. Keseimbangan dalam hubungan
Keseimbangan dalam hubungan adalah kunci untuk menjaga kebahagiaan bersama. Pasangan sekufu berusaha menciptakan keseimbangan antara keperluan dan keinginan mereka sendiri dan bekerja sama untuk menyelesaikan konflik hubungan dengan bijak.
7. Kebebasan individu
Walaupun pasangan sekufu memiliki ikatan yang kuat, mereka juga perlu menghormati kebebasan individu satu sama lain. Memberikan ruang privasi atau ‘me time’ kepada pasangan untuk punya ruang peribadi dan meneruskan minat dan hobi mereka sendiri sekaligus akan menciptakan rasa kasih sayang yang erat dalam hubungan.