Meskipun Malaysia sememangnya bukan sebuah negara yang mengalami musim salji, tetapi kini peminat sukan ski dan snowboard boleh berlatih di sini sebelum terbang ke destinasi percutian musim sejuk.
Tidak dinafikan yang mana ramai sebenarnya masyarakat Malaysia yang gemar bercuti di negara musim sejuk. Namun tahukah anda bahawa laporan Asia Pacific Snow Holiday menyatakan yang mana golongan wanita di Malaysia lebih berminat untuk melakukan sukan ini berbanding lelaki? Bukan itu sahaja, malah wanita di Malaysia berada di carta teratas berbanding wanita Asia Pasifik yang lain, yang mana Malaysia mendahului sebanyak 58 peratus, Hong Kong 57 peratus, Singapura 56 peratus dan Australia 54%.
Disebabkan peningkatan peratus tersebut, Club Med yang umum tahu sebuah syarikat resort premium all-inclusive yang majoriti dibuka di lokasi gunung salju, kali ini bekerjasama dengan First Traxx, pusat latihan ski dan snowboard pertama di Malaysia. Pada masa yang sama, Club Med ingin menawarkan pintu masuk ke destinasi penggemar sukan ski dan Snow Sports Schools dan First Traxx menerusi program latihan sukan salji yang ditawarkan di pusat latihan itu.
Tambahan lagi, dengan peningkatan permintaan untuk percutian musim salji, First Traxx turut ada menawarkan latihan untuk beginner hingga ke tahap expert dalam sukan ski dan snowboard dengan barisan instruktor yang bertauliah agar warga Malaysia dapat bersedia dari awal sebelum ke negara musim sejuk.
Menurut hasil kaji selidik, pabila menyentuh soal memilih destinasi ski, warga Malaysia lebih gemar untuk bercuti di negara Asia. Ini sekaligus mencatatkan yang mana Jepun menjadi pilihan utama iaitu sebanyak 59 peratus, diikuti dengan Korea Selatan 49 peratus. Berikutan itu, Club Med merancang untuk menambah lagi resortnya iaitu di Pyeongyang, Korea Selatan dan Thaiwoo, China, kedua-duanya adalah lokasi untuk Winter Olympics pada tahun 2018 dan akan datang 2022.