Bayangkan sedang menikmati kopi premium yang hangat di tangan, sambil mata tertumpu pada anak patung comel yang tersenyum manja dari sudut meja. Kini, dunia kopi dan dunia kawaii bersatu dalam satu kolaborasi yang pasti mencuri hati ramai, HWC COFFEE berkolaborasi dengan jenama terkenal Jepun, Azuki dan ia lebih comel daripada yang anda bayangkan!
Mulai 26 Mei hingga 30 Jun 2025, cawangan terpilih HWC COFFEE di seluruh Malaysia akan dipenuhi dengan barangan eksklusif Azuki daripada kotak kejutan, komik, anak patung lembut, beg tote, sarung cawan koleksi, hinggalah pelekat istimewa yang boleh dikumpul.
Dan berita baik untuk anda yang suka ‘bundle deals’, hanya RM50 sahaja untuk satu minuman buatan tangan + satu kotak kejutan Azuki + satu komik Azuki (bernilai RM100 jika dibeli berasingan!).
Bukan itu sahaja, setiap minuman buatan tangan yang dibeli akan disertakan dengan sarung cawan dan pelekat Azuki, sementara stok masih ada.
“Spot The Azuki” & Peluang Menang Hadiah Eksklusif!
Nak menang anak patung lembut Azuki edisi terhad? Sertai permainan interaktif “Spot The Azuki” di cawangan terpilih seperti:
- Exchange 106
- NU Sentral
- The Gardens Mall
Ikuti media sosial HWC COFFEE, cari Azuki, tangkap gambar dan siapa tahu, anda mungkin pemilik bertuah patung comel ini!
Dan untuk mereka yang sukakan tempat menarik untuk bergambar dan TikTok, beberapa cawangan HWC COFFEE akan berubah wajah menjadi lokasi bertema Azuki yang Instagrammable. Antara lokasi termasuk, Publika, Bukit Tinggi, Anggun City, Olive Hill, DC Mall, Vivacity Mall, dan banyak lagi!
Memperkenalkan: MATCHA-MATCHA
Tiga variasi minuman Matcha terbaru turut dilancarkan:
- Cocoa Matcha – Gabungan koko dan matcha yang kaya dan menyamankan
- Jasmine Matcha – Wangian melur yang menyegarkan digabungkan dengan kelembutan matcha
- Vanilla Matcha Espresso – Gabungan espresso yang berani, vanila lembut dan matcha yang seimbang
HWC COFFEE, Kopi Khas Halal, Kini Lebih Mesra Komuniti
Sebagai rangkaian kopi khas No.1 di Malaysia, HWC COFFEE bukan sahaja terkenal dengan kopi premium, malah kini juga diiktiraf Halal!
Jadi tunggu apa lagi? Sama ada anda pencinta kopi, pengumpul barangan comel atau hanya ingin menceriakan hari anda, kolaborasi HWC COFFEE x Azuki ini adalah peluang yang anda tidak mahu lepaskan.
Ikuti @hwc_malaysia di Instagram dan @hwc.coffee.my di TikTok untuk info terkini.
Baca: Secawan Kopi, Secubit Berlian Kolaborasi HWC COFFEE & Diamond & Platinum