Jom Squishy hunting!
Cuba buka TikTok atau Lemon8 sekarang dan anda mungkin akan nampak video orang picit, ramas, tekan dan tunggu squishy kembali ke bentuk asal.
Kalau dulu mainan lembut ini sinonim dengan zaman kanak-kanak, sekarang squishy muncul semula sebagai salah satu collectible comel yang digilai bukan sahaja kanak-kanak, malah remaja dan orang dewasa.
Kalau anda sudah terkena “racun squishy” dan mahu tengok atau pegang sendiri sebelum membeli, ini antara lokasi yang boleh dimasukkan dalam squishy hunting list anda.
1. Fuwami Land, SS15 Subang Jaya
Kalau mahu cari tempat yang memang fokus kepada squishy, Fuwami Land patut berada paling atas dalam senarai.
Kedai ini sendiri menggunakan gelaran “The Biggest Squishy Store in Malaysia” dan menawarkan pelbagai kategori seperti Crunchy, Vaseline, Slushy, Needoh, Hachimi, Chiboki dan COS. Laman rasminya juga menunjukkan pilihan produk daripada sekitar RM10 hingga produk yang lebih premium.
2. Slimeb $ykaklyn, Seri Kembangan
Squishy dan slime memang mempunyai peminat yang hampir sama, terutamanya dalam komuniti sensory toys.
Slimebykaklyn mempunyai kedai fizikal di kawasan Lestari Perdana, Seri Kembangan dan merupakan antara nama yang sudah lama dikenali dalam komuniti slime di Malaysia. Akaun rasminya turut menyediakan TikTok Shop serta platform e-dagang untuk komuniti peminatnya.

3. JONETZ by DON DON DONKI, Lot 10 Bukit Bintang
Nak buat squishy hunting sambil jalan-jalan di Bukit Bintang? Boleh cuba singgah JONETZ by DON DON DONKI di Lot 10.
JONETZ by DON DON DONKI memang terkenal dengan konsep barangan Jepun yang pelbagai, termasuk kategori lifestyle dan barangan comel. Cawangan Lot 10 terletak di Bukit Bintang dan beroperasi setiap hari.
Tip: Stok barangan novelty dan collectible boleh berubah mengikut masa, jadi jangan terkejut kalau design yang anda nampak di media sosial sudah habis ketika datang.

4. Sanrio Gift Gate
Kalau anda jenis yang sanggup membayar lebih untuk karakter comel, Sanrio Gift Gate boleh dimasukkan dalam cute shopping itinerary.
Bagi peminat karakter seperti Hello Kitty dan rakan-rakannya, kedai sebegini memang menarik untuk diterokai kerana konsepnya lebih kepada collectible dan merchandise kawaii.
5. Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Satu mall sahaja sudah mempunyai beberapa kedai mainan, collectible dan lifestyle yang boleh diterokai — termasuk TOP TOY, OH!SOME, Miniso, Toy World dan beberapa kedai mainan lain. Jadi, kalau satu kedai tak jumpa squishy yang anda cari, boleh terus sambung memburu di kedai seterusnya.
