Sepanjang Perintah Kawal Pergerakan (PKP) dikeluarkan, banyak pihak juga organisasi melancarkan inisiatif mereka dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dalam bantuan wang ringgit untuk meneruskan kelangsungan hidup mahupun bantuan makanan. Inisiatif sama turut dilakukan oleh label fesyen terkenal, Bonia yang mana mereka telah menyediakan lebih 2000 set bekalan makanan untuk komuniti kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Johor Bharu.
Lebih manis bantuan ini dilancarkan pada hari pertama umat Islam seluruh dunia berpuasa, iaitu pada Jumaat lepas. Dato Sri Daniel Chiang, Pengarah Eksekutif BONIA Corporation mengharapkan sumbangan ini akan memberikan sedikit sinar kebahagiaan khusus untuk mereka yang tergolongan dalam komuniti ini dalam menjalani ibadah puasa di hari pertama Ramadan ini. “”Beberapa bulan kebelakangan ini merupakan masa yang mencabar untuk kita di seluruh pelusuk negara, khusus buat mereka yang sedia ada memerlukan, seperti golongan ibu tunggal, warga tua, pelarian asing, juga keluarga berpendapatan rendah,” jelasnya.
Antara kawasan yang mendapat bantuan ini ialah buat pelarian asing di Batu Bapah, PPR di Kota Damansara, Rumah Kanak-Kanak Trinity di Petaling Jaya, House of Joy di Puchong dan bantuan ini mendapat kerjasama daripada SESO malaysia yang mengendalikan urusan pembahagian.
Manakala untuk usaha jenama ini di Johor Bahru, BONIA bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ehsan Penyayang Daerah Johor Bahru untuk mengagihkan set makanan untuk isirumah dari golongan B40 ke kawasan seperti Flat Larkin, Kampung Melayu Majidee, Kampung Suria Muafakat, Kampung Paya Larkin dan Seri Anugerah Larkin.
Antara sajian yang terkandung dalam setiap set makan tersebut ialah Nasi Tomato, Ayam Percik, Daging Masak Kicap dan kuih-muih tradisional.