Kelmarin rakyat Malaysia sudah jadi panik akan pengistiharan Kawalan Pergerakan dari YAB Perdana Menteri. Ramai sudah tidak senang duduk, ada yang mahu balik ke kampung ada juga yang merusuh ke pasar raya untuk membeli bahan makanan seperti tiada lagi hari esok.
Namun dibalik tekanan yang kita semua alami hari ini, kami di EH! berharap kita semua dapat hadapinya dengan tenang. Hari ini gelombang virus Covid-19 di negara kita semakin meningkat tinggi, sudah mencatat 2 kematian dan 622 kes yang sedang menerima rawatan (berdasarkan rekod KKM di Twitter). Bukan mahu buat anda panik tetapi inilah yang boleh membuka mata kita agar sentiasa berhati-hati dan mengikut segala peraturan yang telah disenarikan dalam perutusan khas kelmarin.
Hari ini merupakan hari pertama Kawalan Pergerakan, ada yang bekerja dari rumah dan ada juga mengambil kesempatan ini untuk bersama yang tersayang. Oleh kerana keadaan sekarang mengharuskan kita untuk membataskan diri dari keluar dari rumah, EH! kongsikan beberapa aktiviti yang boleh dicuba sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan, pada anda yang bekerja dirumah ini kira aktiviti yang boleh dibuat sambil berkerja juga.
#1 Mencuba Resipi Baharu
Ingkatkah anda pada menu masakan kegemaran yang sudah diidamkan untuk anda sediakan sendiri tetapi belum ada masa yang sesuai? Mungkin inlah masanya! Buka semula buku menu masakan kegemaran anda atau tonton rangancan masakan dan cuba sendiri di rumah. Dua minggu dari sekarang mungkin sudah ada beberapa menu yang anda sudah cuba.
#2 Mencuba Aktiviti Senaman Baru Dirumah
Semasa tempoh Kawalan Pergerakan ini gim bukanlah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi begitu juga joging di tempat umum, tetapi ini tidak bermaksud anda tidak boleh melakukannya di rumah. Inilah masanya untuk terokai langkah senaman yoga baharu dan senam erobik atau zumba berpandukan pengajar berpengalaman di Youtube.
#3 Home Facial
Jadikan dua minggu ini masa yang mujarab untuk memanjakan kulit dan tubuh, kurangnya kulit anda dari terdedah dari sinaran merbahaya UV akan buat ia lebih optimum dan sihat. Aplikasikan pupur pakai buang setiap tiga hari, scrub bibir anda agar tampil lebih sihat, ambil lebih masa untuk lulur tubuh anda semasa mandi dan rawat rambut anda dengan pupur rambut kemudian manjakannya bersama minyak rambut yang menyubur dan melembutkan rambut anda. Selepas dua minggu anda bakal pulang ke pejabat dengan rasa seperti diri yang baharu!
#4 Detoks & Meditasi
Usah peningkan fikiran anda dengan masalah yang sedia ada, ini mungkin jadi masa yang sesuai untuk anda jauhi media sosial buat seketika. Cari ketenangan di dalam diri. Masa yang ada ini luangkan dengan membaca, mungkin ada novel yang masih belum dihabiskan. Rehatkan minda dengan terapi muzik yang menenagkan, atau tonton program berinovatif yang membuka minda anda, dengan cara ini anda akan capai ketenagan dalam minda juga jadi lebih positif dari biasa.