Pewaris di-raja Britain, Putera Charles disahkan positif Covid-19 menurut satu kenyataan yang dikongsikan oleh Istana Clarence House, Prince of Wales itu. Ketika ini ayah kepada Putera Williams dan Putera Harry itu sedang dikuarantin di Scotland.
Pihak istana tidak menolak kemungkinan Putera Charles mungkin dijangkiti sewaktu menjalani sesi bertemu rakyat beberapa minggu lalu.
Walaupun dia disahkan positif, tidak pula bagi isterinya, The Duchess of Cornwall, Camilla. Dia disahkan negatif namun kini menjalani tempoh pengasingan di Scotland. Proses saringan terhadap Putera Charles dan isteri dilakukan di NHS di Aberdeenshire selepas menunjukkan simptom-simptom wabak yang mencetus kerisauan seluruh dunia itu. Buat masa ini Putera Charles dikhabarkan stabil.