Kehadiran Coway di malam EH!TOP20 sebagai rakan penaja utama, seluruh suasana di Moxy Kuala Lumpur Chinatown bertukar menjadi sebuah “rumah” bergaya yang menyuntik kehangatan, keselesaan dan inovasi ke tengah-tengah kota.
Penglibatan Coway, jenama gaya hidup terkemuka ini telah mencipta pengalaman yang meriah buat EH!TOP20 dan tetamu.
Rumah dalam Hotel, Coway menghidupkan pengalaman baharu di EH!TOP20
Bayangkan melangkah masuk ke aras tinggi hotel, tetapi merasakan seolah-olah berada di ruang tamu moden yang lengkap dengan sentuhan gaya hidup. Itulah pengalaman yang dibawa oleh Coway melalui aktivasi kreatif mereka, sebuah instalasi ‘Home Wellness Living’, direka untuk membuat tetamu berasa dekat dengan identiti Coway: selesa, bersih, dan penuh aura positif.
Setiap sudut “rumah” mini ini disusun dengan rapi, memperlihatkan bagaimana produk Coway melengkapi gaya hidup generasi urban hari ini. Antara produk yang menjadi tarikan:
Coway Water Purifier
Simbol utama Coway, dipamerkan sebagai nadi kepada gaya hidup sihat. Tetamu bebas merasai air ditapis sejuk, panas atau suhu bilik, mengingatkan bahawa hidrasi berkualiti adalah asas prestasi harian.
Coway Berex Pebble
Peranti kesihatan kegemaran ramai yang menyerlahkan sisi aktif dan wellness. Dengan reka bentuk kompak dan moden, ia dipamerkan sebagai alat penting untuk mereka yang mahukan kesihatan menyeluruh dalam rutin yang sibuk.
Produk-produk Coway yang lain turut menghiasi ruang, menampilkan aspirasi “kelas pertama” dalam kehidupan harian, dari udara lebih bersih, persekitaran lebih segar hingga peralatan kediaman yang memperindah ruang.
Coway membuktikan bahawa “rumah” boleh wujud di mana-mana termasuk di tengah pesta hiburan.
Dan malam itu, dengan air bersih, udara segar dan semangat positif yang dibawa Coway, segalanya terasa lebih hidup.
Baca: Para Tetamu Dalam Persalinan Coach di Acara EH! Top 20




















