Sukar untuk mengelakkan realiti panas membahang di negara kita kerana Malaysia sememangnya cukup sinonim dengan cuaca panas. EH! kongsi barang perlu anda bawa bersama agar cuaca ini tidak menghalang anda untuk kemana-mana.
pada minggu yang lepas, saya kunjungi dua negeri di selatan dalam masa dua hari. apa yang boleh saya katakan, cuaca di sana sangat panas membahang, membuatkan muka saya sunburn dan breakout. Keluar sahaja dari rumah terus terasa bahangnya dan walaupun hanya keluar sementara, terasa satu badan melekit dan berpeluh.
Cuaca juga tidak menentu, kadang itu petang sudah mula hujan lebat tetapi itu juga faktor membuatkan anda didatangi penyakit.
Jadi EH! kongsikan benda apa yang perlu anda bawa bersama agar diri anda kuat menempuhi cuaca panas ini.
Botol air
Peraturan pertama untuk bertahan semasa cuaca panas, minum banyak air. Penghidratan pada musim panas adalah kunci dan anda pasti tidak mahu menjadi dehidrasi. Gejala dehidrasi termasuk rasa letih, air kencing berwarna kuning gelap, mata cekung, dan pening kepala.
Untuk lebih menyegarkan, tambahkan ais ke dalam air kosong anda!
Minuman elektrolit
Bagi yang tidak gemar untuk minum terlampau banyak air kosong, minuman elektrolit hadir sebagai penyelamat seperti air kelapa, minuman isotonik, smoothies dan banyak lagi. Elektrolit ialah mineral dalam darah anda dan cecair badan lain yang membawa cas elektrik.
Elektrolit mempengaruhi cara badan anda berfungsi dalam pelbagai cara, termasuklah jumlah air dalam badan anda.
Bedak bayi
Bedak bayi ialah kunci untuk menghilangkan minyak pada wajah dan akan membuatkan muka anda terasa segar. Bukan hanya pada wajah, badan juga sesuai untuk disapu bedak bayi ini justeru menghilangkan juga bau badan yang hadir kerana berpeluh
Kipas kecil
Mungkin anda terasa seperti pelancong kerana membawa kipas kecil kemana-mana sahaja, tetapi ia berbaloi untuk mendapatkan angin sejuk di hujung jari anda pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Spray mist
Spray mist berfungsi untuk disembur pada kulit anda apabila anda memerlukan penyegaran. Tip- pastikan anda pilih yang tidak ada bau, jadi tidaklah anda akan sakit kepala daripada menyemburnya tepat pada muka. Ia juga cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam dompet atau beg galas anda.
Payung
Tanpa teduhan, jumlah masa yang anda boleh habiskan dengan selesa di luar adalah terhad. Untuk memastikan anda mempunyai cara untuk kekal sejuk, pastikan anda membawa payung lipat yang senang untuk anda simpan ke dalam beg.
Pelembap bibir dengan efek ‘cooling’
Apabila cuaca panas, bibir tidak lari untuk menjadi salah satu masalah yang akan dihadapi iaitu masalah kering. pastikan anda kerap memakai pelembap bibir, lagi bagus jika ia mempunyai efek cooling. Barulah terasa bibir anda lembap dan segar.
Pelindung matahari
Perkara wajib walaupun bukan pada cuaca panas, pelindung matahari! dengan cuaca panas ini, anda kena kerap melapisi pelindung matahari agar tidak sunburn. Untuk memudahkan anda, pilih pelindung matahari berbentuk semburan kerana bentuk cecair susah untuk dilapisi ke atas wajah yang sudah bersolek.