Kereta pink? Ini masanya untuk miliki ia!
Kereta berona pink kini semakin mendapat perhatian, bukan sahaja kerana warnanya yang mencuri pandang, tetapi juga kerana ia memberi aura positif setiap kali berada di atas jalan raya.
Dari reka bentuk yang moden hingga kemasan dalaman yang memukau, kereta berwarna pink kini bukan sekadar aksesori tetapi pernyataan gaya hidup.
EH! himpunkan 5 kereta pink dan comel yang pasti mencuri perhatian, sama ada anda gadis urban yang sukakan sesuatu yang comel atau wanita moden yang ingin menambah sentuhan lembut pada gaya pemanduan harian.
1. BYD Dolphin
BYD Dolphin menjadi antara kereta elektrik (EV) paling digemari wanita masa kini. Reka bentuknya moden dan berjiwa muda, sesuai untuk pemanduan di bandar.
Menariknya, model ini hadir dengan warna “Coral Pink” yang boleh ditempah di Malaysia walaupun tidak disenaraikan dalam brosur rasmi. Dengan ruang kabin futuristik dan penggunaan tenaga elektrik sepenuhnya, ia bukan sekadar comel tetapi juga mesra alam dan berteknologi tinggi.
2. Perodua Myvi
Siapa tidak kenal Myvi? Kereta ini sinonim sebagai King Malaysia, ia kecil tetapi lincah dan mudah diselenggara. Walaupun Perodua belum mengeluarkan varian rasmi dalam warna pink, ramai pemilik memilih untuk “wrap” Myvi mereka dengan rona Sakura Pink atau Rose Gold.
Hasilnya, Myvi kelihatan jauh lebih bergaya tanpa mengorbankan ciri praktikalnya. Sesuai untuk wanita yang ingin tampil manis tetapi masih ingin berjimat.
3. Proton eMAS 5
Model konsep baharu Proton ini menarik perhatian apabila selebriti tempatan, Kasih Iris Leona, memilih warna pink lembut untuk kereta pertamanya. Warna tersebut menonjolkan sisi feminin yang moden, membuktikan bahawa Proton juga mampu menyesuaikan diri dengan citarasa muda dan bergaya.
4. Chery Omoda 5
Chery Omoda 5 tampil unik dengan edisi khas “Pink Witch Edition” sempena promosi filem Wicked. Walaupun ia lebih kepada model pameran, edisi ini menunjukkan potensi warna pink dalam SUV moden.
Reka bentuknya futuristik, garisan agresif, dan kombinasi warna yang berani menjadikan Omoda 5 sesuai untuk wanita yang suka tampil berbeza dan berani mencuba sesuatu yang baru.
5. Perodua Bezza
Bagi wanita yang mahukan kereta empat pintu dengan ruang lebih luas, Perodua Bezza kekal pilihan bijak.
Walaupun tiada warna pink rasmi, ramai yang memilih untuk memberi sentuhan peribadi melalui wrap berkilau lembut seperti “Frozen Berry Pink” atau “Gloss Metallic Passion Pink”. Kombinasi warna lembut dengan rekaan ringkas Bezza menjadikannya tampak elegan tanpa berlebihan.
Baca: #EHxperience: Carfé, Pit Stop Aroma Espresso Ke Adrenalin Enjin RWB Porsche 911