Say Hello to D-Flat Music Academy! Ia kini dibuka buat pertama kalinya di Malaysia demi memberikan keseronokan lebih terhadap muzik.
Secara saintifiknya, pembelajaran muzik sejak dari kecil sebenarnya membantu perkembangan otak kanak-kanak dengan lebih baik sekaligus meningkatkan pencapaian akademik. Ia juga mengajar mereka dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa.
Bahkan, ia juga dapat menjadi satu medium untuk mereka menghilangkan tekanan dalam hidupan harian. Namun, umum tahu yang pembelajaran muzik bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi apabila kanak-kanak khususnya mudah hilang tarikan apabila kaedah yang digunakan oleh konduktor muzik dalam pembelajaran adalah secara menghafal dan hanya untuk mendapatkan sijil semata-mata.
Perkara begitu tidak akan terjadi di D-Flat Music Academy yang mana mereka mengajar muzik dalam cara yang berbeza.
“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. Kami menumpukan kepada DUA perkara penting – pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca – melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio, sebuah akademi muzik terulung di Singapura.
D-Flat Music Academy kini dibuka buat pertama kali di Malaysia di Sunway Damasanra Geo Avenue. Di sini, ia mempunyai objektif yang mana mereka tidak mahu pelajar hanya mempelajari muzik untuk mendapatkan gred baik dalam peperiksaan sahaja, tetapi mereka mahukan pelajar meneroka dunia muzik yang sebenarnya termasuklah Jazz dan Pop.
“Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” kata Goh.
Demi memastikan pelajar-pelajar di akademi muzik ini mendapatkan pembelajaran yang berkualiti, D-Flat Music Academy mengkehendaki guru-guru yang memiliki kelulusan Ijazah dan Ijazah Sarjana dalam muzik atau sekurang-kurangnya mempunyai 20 tahun pengalaman mengajar.
Goh membuktikan yang mana pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura adalah testimoni terbaik dalam menunjukkan keberkesanan kaedah yang mereka gunakan dalam pembelajaran muzik. Malah, rata-rata tenaga pengajar di akademi tersebut telah menerima anugerah di Singapura.
Akademi muzik terulung di Malaysia ini menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vocal serta Teater Muzikal untuk kanak-kanak dan dewasa. Sempena pembukaannya, D-Flat Music Academy akan memberikan pembelajaran percuma untuk bulan kedua jika pendaftaran dilakukan sebelum bulan Jun 2019.
Jadi, apa tunggu lagi?