Dari label lokal, Mimpikita kepada LEGO® serta Pandora, Disney membariskan 5 koleksi istimewa perlu dimiliki dalam meraikan sambutan Ultimate Princess Celebration buat peminat mereka di Malaysia.
Dari keihkhlasan Cinderella kepada kesucian hati Belle juga Mulan yang tidak mementingkan diri dan semangat pengembaraan Moana, nilai murni milik puteri-puteri Disney ini terus bergema merentasi budaya dan generasi. Bersempena dengan Ultimate Princess Celebration, Disney akan melancarkan 5 koleksi istimewa yang perlu dimiliki daripada label lokal dan juga antarabangsa buat semua peminat Disney di Malaysia.
Label lokal, Mimpikita dan Aurora Italia, bersama Pandora, Hasbro Malaysia dan LEGO® antara yang akan melancarkan koleksi istimewa yang berinspirasikan heroin Disney untuk membiaskan magis Disney di Malaysia. Peminat dan penggemar fesyen boleh mendapatkan variasi produk eksklusif seperti pakaian sedia pakai, perhiasan kemas edisi terhad, permainan dan banyak lagi.
Mimpikita
Label fesyen lokal ini akan memperkenalkan koleksi pakaian sopan ‘The Enchanted Rose Fall/Winter 2021’ yang diinspirasikan daripada keyakinan dan sikap belas kasihan Belle. Koleksi ini akan membiaskan semangat Belle dengan sentuhan lokal dan moden, cukup sempurna buat generasi yang mahukan pengembaraan yang penuh mimpi.
Baca lebih lanjut: Club Mickey Mouse Musim 4 Kembali Dengan Mouseketeers Baharu