Aurora Italia
Ultimate Princess Celebration Gram Bar meraikan Belle yang berani untuk mencabar sempadan, dan Cinderella yang sentiasa percaya kepada kebaikan sebagai magis yang mampu mengubah dunia. Jenama perhiasan kemas premium lokal ini juga akan melancarkan Disney Princess Rapunzel Jewellery Collection diinspirasikan daripada Rapunzel yang menggunakan kebaikan untuk menerangi dunia. Koleksi ini merangkumi rantai dengan desain sulaman rantai Rapunzel, selain gelang tangan nan elegan diinpirasikan daripada tiaranya.
Sambutan istimewa ini diraikan dalam memberikan penghormatan kepada kecantikan dan keberanianyang dimiliki setiap puteri Disney. Sehingga 31 Disember 2021, Disney akan meraikan dengan variasi pengalaman dan aktiviti yang akan mengangkat tema keberanian dan kebaikan hati sepanjang sambutan tahun ini. Layari laman rasmi Disney untuk mendapatkan koleksi kegemaran anda.
Foto: Disney
Baca lebih lanjut: Desaru Coast Diiktiraf Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021 Oleh TIME Magazine