Sempena ulang tahun ke-20 kerjasama yang penuh keajaiban, Disney dan Swarovski terus menyinari dunia dengan koleksi eksklusif bertemakan Disney Classics, di samping mempersembahkan Home Collection terbaru untuk musim Bunga/Panas 2025 yang kaya dengan warna dan makna simbolik.
Bagi mereka yang menghargai sentuhan elegan dan kemewahan, Swarovski membuka elemen dekorasi rumah dengan kristal mewah yang eksklusif mampu mengubah suasana ruang menjadi lebih mempesona dan menjadi pilihan utama dalam mencipta suasana rumah yang berkilau dan sofistikated.
Inilah magis yang dibawa oleh Koleksi Swarovski dalam dekorasi rumah anda.
Koleksi Disney x Swarovski: Keajaiban Dalam Kristal
Watak-watak ikonik daripada cerita klasik seperti Bambi, Dumbo, 101 Dalmatians dan The Aristocats diberikan nafas baharu dalam bentuk figura kristal yang menawan:
Dumbo
Dikenali dengan telinganya yang besar dan watak yang comel, Dumbo si gajah dibentuk daripada 827 potongan kristal yang memukau. Mengenakan topi rona topaz yang comel, anak gajah ini mengimpikan untuk terbang tinggi sambil memegang belon yang diperbuat daripada kristal berwarna turquoise, digantung indah dengan tali berkilau.
Bambi
Bambi diberi nafas baharu untuk koleksi ulang tahun ke-20 dengan 577 potongan kristal yang berkilauan. Koleksi ini menangkap sketsa dimusim bunga apabila seekor rama-rama berwarna merah jambu lembut hinggap perlahan di hidungnya, mengejutkan si rusa comel kesayangan Disney ini.
Lucky
Salah satu anak anjing yang paling dikenali dan disayangi daripada 101 Dalmatians, Lucky yang berhati lembut ini dihasilkan daripada 376 potongan kristal yang berkilau. Telinga hitam yang terkulai, kolar merah yang menyerlah, dan tompok-tompok yang comel menambahkan lagi pesona yang sukar untuk ditolak.
Marie
Seekor anak kucing berbulu putih yang suka berimaginasi, si comel dari The Aristocats ini dihidupkan dalam 703 potongan kristal yang bersinar dari setiap sudut. Reben merah jambu menambah sentuhan elegan, sementara bola benang biru menggambarkan sifat ceria Marie yang suka bermain.