Dubrovnik, Croatia
UNESCO mengancam untuk melepaskan Dubrovnik dari status Warisan Dunia kerana kepesatan sistem pelancongan di bandar itu, terutama sekali selepas kejayaan ‘Game of Thrones,’ yang dirakamkan di situ. Kerajaan tempatan di situ telah mencuba untuk melaksanakan usaha drastik untuk mengurangkan kedatang pengunjung, seperti mengehadkan bilangan kapal pesiar dari berlayar di situ. Pada tahun 2016, sekitar 800,000 orang pengunjung turun di pelabuhan Dubrovnik hanya untuk melawat kawasan itu selama tiga jam sahaja.