Santorini, Greece
Santorini adalah salah satu destinasi yang popular dengan pemandangan matahari terbenam tetapi pulau Greek yang kecil ini nyata sedang berusaha keras untuk mengurangkan jumlah pengunjungnya. Hampir dua juta pengunjung yang melawat Santorini pada tahun 2017 dengan 850,000 orang hadir menaiki kapal pesiar. Masalahnya adalah pengunjung hanya berlabuh selama beberapa jam sahaja yang mana tidak membantu ekonomi tempatan di situ.