Pulau Galapagos, Ecuador
Kerajaan Ecuadorian telah berusaha keras untuk melindungi ekosistem yang popular itu. Dengan mengurangkan kadar pengunjung yang dibenarkan masuk ke pulau itu nyata masih tidak cukup. Pada tahun 2017, undang-undang baru dalam membaik pulih sistem pelancongan telah dibentangkan, tetapi masih belum diaktifkan. Pengunjung bakal mula diperkenal dengan undang-undang baru seperti mempunyai tiket penerbangan pergi balik sebelum ke destinasi itu, tempahan hotel dari awal atau bukti tentang menerima jemputan dari penduduk setempat.