Cinque Terre, Itali
Lima kampung di daerah Cinque Terre ini juga merupakan salah satu lokasi tumpuan pengunjung dari serata dunia. Lokasi ini berjaya menarik 2.5 juta pengunjung pada tahun 2015 sahaja, tetapi majoriti mereka hadir menaiki kapal pesiar dan menetap di situ dengan waktu yang terhad. Jumlah kumpulan pengunjung juga bertanggungjawab terhadap tanah runtuh di daerah itu.