Isle of Skyle, Scotland
Tahukah anda bahawa di sinilah Harry Styles merakam video muzik lagunya yang berjudul Sign of Times pada tahun lalu? Sejak dari itu, Isle of Skye kian popular dengan peningkatan pengunjung yang semakin ramai. Isunya adalah infrastruktur pulau itu tidak dapat menampung kebanjiran pengunjung dan penduduk tetap di situ telah pun membuat aduan berikutan bunyi bising serta pengunjung-pengunjung yang mabuk. Jika anda terlalu mengimpikan untuk ke destinasi ini, elakkan dari pergi kala musim panas.