Destinasi ini mungkin kita lihat mustahil menjadi satu lokasi yang menyeramkan, tetapi pada hakikatnya ia sememangnya mempunyai cerita seram di sebaliknya yang tidak ramai orang yang tahu.
Menara Eiffel di Paris, Perancis
Menurut lagenda popular, seorang lelaki telah melamar teman wanitanya di atas puncak menara Eiffel. Nasib tidak menyebelahi, wanita tersebut menolak lamaran itu dan memberitahu lelaki tersebut yang dia sebenarnya mahu memutuskan hubungan mereka. Akibat terlalu marah, lelaki tersebut menolak teman wanitanya jatuh dari menara ikonik itu. Satu cerita lain menyatakan yang wanita tersebut terlalu gembira dan menjerit teruja sambil berundur ke belakang sehingga terjatuh. Sesetengah masyarakat tempatan di sana menyatakan yang sering mendengar jeritan wanita tersebut ketika ulang tahun tarikh kejadian itu berlaku.