M Resort & Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman kulinari yang luar biasa melalui bufet Destinasi Selera, yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa warisan Malaysia serta sajian antarabangsa yang lazat.
Perjalanan kulinari ini menggabungkan rasa tradisional dengan sentuhan moden, menampilkan pelbagai pilihan makanan yang menjanjikan kepuasan untuk setiap deria rasa. Bagi EH!, ini antara pilihan ideal dan kegemaran apabila ingin menikmati juadah berbuka puasa bersama rakan, keluarga dan pasangan!
Tempahan serendah RM228 dewasa, bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2o25, tempah promosi eksklusif ini di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.
Bufet ini dimulakan dengan stesen makanan laut segar, menawarkan pelbagai pilihan udang, ketam, dan kupang hijau yang dihidangkan bersama ais. Ini diikuti dengan hidangan Kerabu dan Ulam-Ulaman yang segar, menyuntik elemen menyegarkan kepada pengalaman menjamu selera. Bagi penggemar sushi, terdapat pelbagai gulungan sushi Jepun yang disediakan dengan teliti untuk melengkapkan hidangan tempatan.
Para tetamu boleh menikmati gabungan masakan tradisional dan kontemporari, termasuk Nasi Kebuli Pahang yang aromatik, dipadankan dengan hidangan istimewa seperti Ayam Golek, Opor Daging Pahang, Kambing Masak Merah, Ikan Patin Gulai Tempoyak, Daging Tetel Asam Pedas, Ketam Sambal Nyonya dan Jantung Pisang Masak Lemak Putih.
Bufet ini turut menampilkan pelbagai hidangan istimewa seperti Lemang, Sup Gearbox, Sup Perut, Sup Kambing, Seafood Marinara, Pan-Fillet Mignon dengan Au Jus, Fish Tikka, Chicken Leg Tandoori, Prawn Masala, dan Shish Kebab. Selain itu, stesen panggang secara langsung menambah elemen interaktif kepada pengalaman bersantap, menawarkan pelbagai makanan laut seperti Ikan Pari, Tenggiri, Udang, Sotong, dan Ketam yang dipanggang sempurna serta disajikan dengan pelbagai jenis sos bagi menyerlahkan rasa asli makanan laut.
Sebagai pelengkap, bufet ini turut menawarkan pencuci mulut yang menyelerakan seperti Kuih-Muih Melayu, Apam Balik, Cendol, pelbagai jenis Agar-Agar, Kurma, dan Dodol, di samping sajian antarabangsa seperti Lemon Meringue Tart, Berry Panna Cotta, Vanilla Crème Caramel, Chocolate Entremet, Raspberry Mousse, dan Tiramisu Caramelised Swiss Roulade.
Bufet Destinasi Selera di M Resort & Hotel adalah pilihan ideal untuk berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja, mencipta kenangan indah sambil menikmati hidangan yang pelbagai dan luar biasa. Sama ada ingin menikmati keenakan masakan Malaysia atau mencuba hidangan kegemaran antarabangsa, bufet ini menjanjikan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan!
Baca : Idea Buka Puasa: Buffet Ramadan 2025 Di KL & Selangor