Gambar oleh: Matt Hawthorne
Teknologi kawal tidur hanya melalui peranti moden Versa 2 merupakan aplikasi terbaik generasi masa kini. Jam tangan pintar Versa 2 menjanjikan pengalaman terbaru untuk kesihatan tubuh badan anda.
Fitbit! Satu peranti yang sudah punya pengikut tersendiri. Hanya dengan seutas jam tangan pintar Fitbit mampu mengubah gaya hidup anda. Fitbit melancarkan koleksi terbaru iaitu Versa 2, lebih premium kegunaanya. Hadir dalam beberapa versi antaranya Black Carbon Case, Copper Rose Aluminium Case, Stone Mist Grey Case dengan harga cukup berpatutan, RM998 ini tidak termasuk aksesori tambahan dengan harga RM148 –RM238. Jika koleksi terhad dalam versi rona biru navy dan merah jambu Copper Rose Aluminium Case dan kelabu mist case dengan harga RM1,068.
Kenapa anda perlu memiliki atau upgrade jam tangan pintar anda kepada Versa 2 adalah kerana kegunaannya cukup efektif dan mudah laras ketika melakukan aktiviti sihat dan pengesan rutin kesihatan anda. Siluet jam tangan pintar Versa 2 lebih sofistikasi dan klasik malah punya elemen tersendiri, dan sesuai dipakai ketika siang hingga malam.