Teks: Farhana Fuad
Musim bunga 2014 semakin dekat. Jadi, apa perancangan anda untuk aksesori penaik seri busana pada musim bunga kali ini? Pastinya anda mahu mengenakan pakaian atau aksesori yang bertemakan flora bersesuaian dengan musim ini. Mahkota bunga mungkin agak mahal di kedai-kedai aksesori, namun kosnya jauh lebih murah dan mudah dengan mendapatkan bahan-bahan dari kedai-kedai kraftangan, anda boleh buat dan reka sendiri mahkota bunga anda di rumah. Eh! berkongsi cara pembuatan mahkota bunga.
1. Bahan-bahan yang anda perlukan:
Bunga plastik, dawai halus, tali guni, rantai leher, gunting
Gambar: flyfashionfly.wordpress.com
2. Lilit dan selitkan tali guni di sekeliling rantai dengan kemas di sepanjang rantai tersebut.
3. Ikat di kedua-dua hujung tali guni tersebut supaya tali tersebut tidak mudah longgar dan tercabut dari kedudukannya.
4. Lilit dan susun bunga plastik di sekeliling rantai yang telah siap dililit dengan tali guni tersebut. Gunakan dawai halus berwarna hijau untuk mengikat bunga plastik di kedudukan dan susunan yang anda mahukan.
5. Untuk tambahan sebagai lebih kekemasan, lilitkan reben di sekeliling rantai yang telah siap dihiasi dengan bunga-bunga. Dengan tambahan ini, dawai halus yang anda gunakan tidak akan kelihatan dan ia akan tampak lebih kemas dan teratur.
6. Mahkota bunga 2 dalam 1 anda siap untuk dipakai di musim bunga kali ini sebagai penghias outfit anda. Bukan hanya boleh dipakai sebagai mahkota, malah anda juga boleh memakainya sebagai rantai leher. Jimat dan mudah! Cubalah!