Jom semarakkan Hari Malaysia!
Keretapi Sarong kembali untuk edisi ke-10 pada 16 September 2026, bersempena Hari Malaysia, dan tahun ini skalanya jauh lebih besar.
Bukan lagi tertumpu di Lembah Klang, KS26 diperluaskan ke 10 bandar di seluruh Malaysia, termasuk tiga lokasi baharu iaitu Padang Besar, Langkawi dan Kuching.

Lebih menarik, tema tahun ini ialah “Sayang Malaysia”, manakala “Joget Sarong” diperkenalkan sebagai lagu tema rasmi pertama acara ini.
Jadi, sebelum anda keluar rumah dengan sarong paling cantik dalam almari, ini Do & Don’ts Keretapi Sarong 2026 yang wajib dibaca, terutamanya kalau ini kali pertama anda menyertainya.

1. DO pakai sarong atau busana tradisional
Ini bukan masa untuk datang dengan outfit biasa kemudian sarungkan tudung di bahu dan anggap sudah cukup.
Semangat Keretapi Sarong memang terletak pada pakaian tradisional dan sarong. Malah, acara ini sejak awal lagi menggunakan sarong sebagai simbol penyatuan masyarakat Malaysia.
Anda boleh pilih:
- Kain batik
- Kain pelikat
- Sarong bercorak
- Baju kurung
- Kebaya
- Baju Melayu
- Cheongsam
- Sari
- Busana tradisional etnik masing-masing
- Apa-apa pakaian yang meraikan warisan Malaysia
Tak perlu terlalu complicated. Kadang-kadang sarong + basic outfit + aksesori tradisional pun sudah cukup untuk nampak festive.

2. DO pilih outfit yang selesa
Ini bukan fashion week.
Anda mungkin perlu berjalan, menunggu, menaiki pengangkutan awam dan berdiri dalam keadaan sesak bersama ribuan peserta. Jadi, sebelum memilih outfit, tanya diri sendiri:
“Boleh tak aku pakai benda ini selama beberapa jam?”
Kalau jawapannya tidak, mungkin bukan outfit terbaik. Pilih fabrik yang ringan dan mudah bergerak. Untuk yang memakai sarong, pastikan ikatan kemas dan tidak terlalu panjang sehingga mudah terpijak.

3. DO pakai kasut yang selesa
Ini antara perkara yang ramai mungkin terlepas pandang. Please, jangan torture kaki sendiri.
Walaupun anda mahu OOTD yang cantik, kasut tetap kena praktikal. Sneakers, flat shoes atau sandal yang selesa lebih sesuai berbanding kasut yang baru dibeli semalam. Lebih-lebih lagi jika anda perlu berjalan jauh atau berdiri lama.
4. DO datang awal
Jangan tunggu sampai saat terakhir baru bergerak. Keretapi Sarong melibatkan pergerakan peserta yang ramai dan penggunaan pengangkutan awam. Di beberapa lokasi, program juga bermula pada awal pagi.
Sebagai contoh, program Keretapi Sarong Melaka menetapkan peserta berkumpul sekitar 7 pagi, sebelum perarakan bermula sekitar 8 hingga 8.30 pagi.

5. DO semak stesen berkumpul anda
Kalau anda menyertai acara di Lembah Klang, jangan main ikut kawan sahaja. Semak terlebih dahulu stesen permulaan yang ditetapkan dan laluan yang perlu digunakan.
LOCCO memaklumkan bahawa peserta Lembah Klang akan berkumpul di 12 stesen sebelum bergerak bersama menuju ke lokasi rahsia.
Pastikan anda tahu:
- Stesen mana perlu pergi
- Waktu berkumpul
- Laluan pengangkutan awam
- Train line yang perlu digunakan
- Stesen pertukaran jika ada
- Tempat bertemu dengan kawan
Dan paling penting, jangan assume semua stesen akan bergerak pada masa yang sama tanpa semakan rasmi.
6. DO simpan duit secukupnya
Walaupun anda mungkin sudah membayar atau merancang perjalanan sendiri, jangan keluar rumah tanpa cash/card/e-wallet yang mencukupi. Anda mungkin perlu:
- Tambah nilai kad pengangkutan
- Beli air
- Beli makanan
- Gunakan pengangkutan tambahan
- Membeli cenderamata atau barangan acara
Sediakan bajet kecil khas untuk hari tersebut.
7. DO bawa power bank
Ini bukan optional kalau anda jenis suka ambil video. Dengan outfit cantik, crowd yang meriah, persembahan, tarian dan kemungkinan lokasi rahsia yang menarik, telefon anda boleh bekerja lebih keras daripada anda.
Pastikan telefon:
- Bateri penuh
- Storage mencukupi
- Power bank dibawa
- Kabel pengecas ada
Kalau boleh, kosongkan sedikit storage malam sebelumnya…

8. DO bawa barang secukupnya
Untuk acara seperti ini, less is more. Barang asas yang berguna:
- Telefon
- Power bank
- Dompet
- Kad pengangkutan/e-wallet
- Air minuman
- Tisu
- Hand sanitiser
- Payung kecil
- Sunblock
- Ubat peribadi jika diperlukan
- Beg kecil/crossbody
Beg terlalu besar? Tinggalkan di rumah.

9. DO hormati budaya orang lain
Tema KS26, “Sayang Malaysia”, bukan sekadar tentang memakai pakaian tradisional untuk gambar Instagram. LOCCO sendiri menekankan bahawa rasa sayang terhadap Malaysia perlu diterjemahkan melalui cara kita menghormati budaya satu sama lain, menjaga ruang bersama dan memberi tempat kepada mereka yang berbeza.
Jadi, apabila melihat pakaian atau budaya lain:
Admire, don’t mock.
Kalau mahu mengambil gambar seseorang dalam busana tradisional yang menarik, minta izin dahulu.

10. DO jaga pengangkutan awam
Ingat, Keretapi Sarong bukan private train party. Anda berkongsi ruang dengan pengguna pengangkutan awam yang mungkin tidak menyertai KS26.
Jadi:
- Jangan menjerit terlalu kuat
- Jangan menghalang pintu
- Jangan duduk di tempat yang tidak sepatutnya
- Beri ruang kepada warga emas, OKU dan ibu mengandung
- Jangan berebut untuk masuk tren
- Ikut arahan petugas

11. DON’T jangan sentuh pakaian atau aksesori orang lain sesuka hati
Nampak orang pakai headpiece yang cantik? Jangan terus pegang.
Nampak sarong seseorang yang rare? Jangan tarik kain untuk tengok material.
Ask first.
12. DON’T jangan buang sampah merata-rata
Kalau anda bawa botol air, snack atau tisu, bawa balik atau buang di tempat yang disediakan. Tema “Sayang Malaysia” akan nampak agak ironic kalau selepas acara, kawasan penuh dengan plastik dan cawan.

13. DON’T jangan halang pintu tren untuk bergambar
Ini antara perkara yang paling tidak berbaloi. Pintu tren bukan photo studio.
Jika pintu sedang dibuka, beri laluan kepada orang yang mahu keluar dan masuk. Jangan berdiri di hadapan pintu hanya kerana mahu mendapatkan shot OOTD yang sempurna.
14. DON’T jangan ambil alih ruang dalam Tren
Keretapi Sarong memang meriah. Tetapi jangan sampai satu kumpulan mengambil ruang berlebihan sehingga mengganggu penumpang lain. Anda boleh bergambar dan berseronok, tetapi sentiasa aware dengan keadaan sekeliling.
Baca: Pop-Up dan Aktiviti yang Diadakan Sepanjang September 2026
