Jangan risau! EH! kongsikan panduan tentang Do’s dan Don’ts semasa hari graduasi.
Hari graduasi adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar, penanda kejayaan selepas bertahun-tahun menempuh cabaran akademik.
Dari persiapan pakaian sehingga ke langkah menaiki pentas, setiap detik pada hari istimewa ini menjadi kenangan yang tidak mudah dilupakan. Namun, di sebalik kegembiraan itu, ramai pelajar yang tanpa sedar melakukan kesilapan kecil yang boleh menjejaskan pengalaman graduasi mereka.
Sama ada dari segi persiapan, etika semasa majlis, atau interaksi bersama rakan-rakan dan pensyarah, panduan ini akan membantu anda mengelak kesilapan biasa yang sering terjadi.

1. Pilih pakaian yang selesa dan stylish
Do: Pilih pakaian yang selesa tapi tetap bergaya. Pastikan kasut mudah untuk berjalan di pentas.
Don’t: Pakai kasut baru atau terlalu tinggi sehingga susah berjalan, nanti tersangkut di pentas pulak!
2. Tiba tepat pada waktu
Do: Datang awal supaya boleh ambil gambar, duduk selesa dan tidak kelam-kabut.
Don’t: Lambat! Takut terlepas giliran naik pentas atau tergesa-gesa ambil tempat duduk.
3. Rancang gaya bergambar
Do: Tentukan angle dan pose sebelum hari graduasi, supaya setiap gambar nampak “Instagram-worthy”.
Don’t: Tersalah pose atau tertinggal props penting.
4. Bawa essentials dalam beg silang kecil
Do: Bawa handphone, kipas portable di dalam beg silang kecil.
Don’t: Jangan bawa barang berat atau besar yang menyusahkan semasa berjalan ke pentas.
5. Senyuman dan tenaga positif
Do: Senyum semula jadi dihadapan kamera dan kawan-kawan.
Don’t: Buang jauh muka serius atau mengeluh!
6. Rancang komunikasi sosial
Do: Ambil peluang berborak dengan rakan lama dan pensyarah.
Don’t: Terlalu leka dengan telefon sehingga terlepas momen penting.
7. Ucap “Terima Kasih” sewaktu menerima skrol graduan di pentas
Do: Ya betul, ucapan Terima Kasih akan kelihatan seperti anda senyum pada gambar pentas.
Don’t: Jangan ucap Thank You kerana bibir anda akan kelihatan seperti kehadapan.
Baca: Selebriti & Pempengaruh Malaysia Ini Graduan Masscom, Teater & Seni
