MINI Malaysia memperkenalkan dua variasi baharu keluarga Countryman, MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper SE Countryman yang dipasang di Malaysia.
Jenama automotif premium kompak, MINI telah memperkenalkan dua edisi kereta Countryman baharu dalam memperkukuhkan lagi portfolio mereka di Malaysia. Lebih istimewa, model MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper SE Countryman edisi baharu ini dipasang di dalam negara.
MINI Countryman merupakan kereta yang terbesar dan paling versatil dalam keluarga model MINI. Sebagai model yang pertama membawakan ukuran yang melangkaui empat meter, Ia menampilkan rekaan empat pintu dengan saiz pintu ruang simpanan belaknag yang besar, lima tempat duduk, dan sistem pacuan semua roda, Lantas, ia memberikan MINI Countryman lebih optimim dari segi ruang, serba boleh, fungsi dan juga keselesaan dengan karater yang lebih progresif.
Dua Variasi Baharu
Kedua-dua kereta edisi ini menampilkan MINI ALL4 Exterior Optic. Kelainan pada bampar hadapan dan belakang berserta dengan elemen hiasan dan pelindung komponen dalam matte aluminium meningkatkan lagi penampilan yang serba lasak bagi variasi baharu ini. Ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED bersama lampu membelok, jalur bonet, rel bumbung, dan ambang sisi. Lampu belakang yang diinspirasikan daripada corak Union Jack melambangkan panji tersebut secara abstrak, dengan permukaan tiga segi yang tampak lebih bersegi.
Pemacu Kuasa Efisien
Enjin TwinPower Turbo MINI 2 liter menjadi nadi MINI Cooper S Countryman yang mampu menjana 192 kk (kuasa kuda) dan nilai tork berjumlah 280 Nm. Ia dapat memberikan pecutan abad dalam masa 7.5 saat sahaja dan berupaya mencatat kelajuan mencecah 226 km/j. Sementara itu, edisi SE Countryman dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo MINI 1.5 liter dan sebuah motor elektrik untuk menjana kuasa gabungan berjumlah 224 kk dan nilai tork berjumlah 385 Nm. Kereta hibrid ‘plug-in’ ini mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 194 km/j.
MINI Connected
Kedua-dua variasi baharu MINI Countryman ini dilengkapi dengan Sistem Navigasi MINI 8.8 inci yang boleh dioperasikan melalui fungsi skrin sentuh, konsol sentral, ataupun arahan suara. Pemilik juga boleh menghubungkan iPhone tanpa sambungan wayar pada dan menggunakan MINI Visual Boost untuk mengakses pelbagai fungsi telefon pintar melalui Apple CarPlay. Kemudahan pengecasan tanpa wayar turut disediakan untuk memastikan telefon pintar pengguna sentiasa tersedia untuk digunakan. Pemilik MINI Cooper SE Countryman juga dapat menikmati Perkhidmatan eDrive melalui MINI Connected App yang menawarkan maklumat seperti status bateri semasa, jarak capaian elektrik, waktu pengecasan, data status efisien peribadi, stesen pengecasan terdekat, dan fungsi pra-persiapan di hujung jari mereka.
Countryman, MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper SE Countryman hadir dalam warna Chili Red, White Silver, Island Blue, Thunder Grey, British Racing Green dan buat pertama kalinya, warna Sage Green yang memukau ilham alam semula jadi. Kedua-dua edisi ini boleh mula didapati di semua pusat pengedaran MINI atau melalui MINI Online Shop, bermula dengan harga RM 244,265.76 (MINI Cooper S Countryman) dan RM 254,461.84 (MINI Cooper SE Countryman).
Baca lebih lanjut: 3 Trik Rahsia iPhone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu